Jodoh



Jodoh pertemuan telah Allah tentukan sejak azali lagi. Kadang2 kita gusar mengapa jodoh belum tiba, kenapa dan kenapa. Sedangkan kita berusaha sedayanya tapi kita terlupa Allah Maha Menentukan. Biarpon usia saya hampir menjangkau 30 tahun dan acapkali diajukan soalan “Bila nak kawin?” Tunggu sapa lagi? Dan bermacam2 soalan hingga kadang2 naik muak, saya tetap tersenyum dan menjawab “tolong doakan yer” kerana bagi saya Allah Maha Mengetahui segala2nya. Allah tahu waktu yang terbaik untuk saya berkahwin. Insyaallah

Tak semua orang bujang itu derita dan tak semua perkahwinan itu bahagia. Bagi yang sedang bahagia di alam rumahtangga bersyukurlah. Bagi yang kurang bahagia bersyukurlah kerana anda mempunyai suami jika nak dibandingkan dengan orang bujang. Bagi yang bujang  bersyukurlah kerana kita masih belum terpilih untuk menggalas tanggungjawab kerana Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk kita galasi semua tuh. 

Kadangkala bagi yang bujang macam saya banyak tanggungjawab yang dipikul tanggungjawab pada ibu/ayah masyarkat sekeliling dan semua yang memerlukan pertolongan. Lambat atau cepat jodoh pasti akan tiba. Usah risau dek hanya kerana keadaan sekeliling kerana Allah dah merencanakan yang terbaik buat hamba2NYA. Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu, kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan kita.

Bila sampai waktu dan saatnya pasti kita akan bertemu Jodoh yang telah ditentukan buat kita. Bagi saya sendiri tetap menanti dengan penuh yakin dan sabar. Setiap kali selepas Solat saya akan mendoakan agar Jodoh saya kelak sentiasa dalam perlindungan Allah dan tambahkan ilmu didadanya serta jadikan dia (Jodoh saya kelak) seorang yang dapat membinbing saya bila kami disatukan kelak.

Bagi yang tengah couple jangan anggap pasangan anda sekarang adalah jodoh anda sehingga tibanya saat anda disatukan. Jagalar batas pergaulan. Bagi yang tengah mencari pasangan berdoa lar tanpa batasan semoga kita semua dipertemukan dengan pasangan hidup yang telah ditentukan.


2 comments:

  1. Aku dan semua orang tahu dan faham
    "Jodoh pertemuantentukan sejak azali lagi"

    Tapi yang aku tak faham, kenapa ramai orang disekeliling selalu buat cerita hot bila ada orang yang lambat bertemu jodoh.

    Pada aku tindakkan diaorang langsung tak membantu, malah makin menyesakkan lagi, ada la..

    ReplyDelete
  2. Jodoh seseorang tu dah ditentukan ALLAH SWT sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu..

    ReplyDelete