Hargailah Seseorang Yang Dipanggil Ibu


Sehingga saat ini saya masih terasa hangat pelukan ibunda saya. Biarpon 2½ telah berlalu. Bagaikan semalam ibunda memeluk erat diri saya buat kali terakhir. Semua nih takkan berlaku dan takkan berulang lagi dalam hidup saya kecuali dalam mimpi. 

Kalau boleh saya nak minta, nak pinjam ibu saya dalam tempoh tertentu buat pelepas rindu yang saya simpan. Saya nak sangat, tapi saya tak mampu. Sekadar doa dan salam yang termat rindu mampu saya hulurkan tatkala selesai sembahyang. Begitulah perasaan saya saban hari. Siapa yang tak sayang ibu, tapi Allah lebih sayangkan ibunda saya.

Bagi yang masih ada ibu, emak , mummy, ummi, dan apa saja panggilan untuk ibu anda. Hargailah, sayangilah sebelum matanya tertutup buat selama-lamanya. Ketahuilah kita tak kan diberi peluang kedua untuk bermanja dengan ibu kita. Guna lah ruang waktu yang sedia ada sebaik mungkin untuk membalas segala pengorbanan mereka. Bermanjalah dengan mereka sepuas hati sebelum dijemput pergi, kerana memang kita takkan memiliki kasih sayang tulus dari hati buat ke dua kali. 
 Dan ketahuilah apabila tertutupnya mata seorang ibu di dunia, hilanglah salah satu Redha Allah dalam diri kita. Kerana Redha Allah terletak dalam redha seorang ibu. Syurga seorang anak juga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Sayangilah, hargailah, belailah ibu anda selagi diberi peluang da nada hayatnya. Cemburu bukan kepalang bila melihat orang lain bersama ibu. Doakan saya dapat bertemu ibu saya di Syurga nanti. Dialah wanita sebaik2nya buat saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh ibunda saya. Alfatihah

No comments:

Post a Comment