Kerana takdirnya jauh lebih indah


Melengkapkan jawapan dari seorang kenalan, kenapa saya masih tak kawin? apa yang ditunggu-tunggu lagi..jawapan sebenar ada dalam diri kita..betul atau tak apa saya katakan..bila seorang wanita mulai melangkah ke usia 30 tahun. Perkahwinan bukan lagi fokus kehidupan, bukan beerti tak nak kawin, tapi ada banyak benda lagi perlu difkirkan selain jodoh, mengapa harus dibiarkan usia berlalu tanpa memfokuskan sesuatu yang lebih utama..apakah kerana seorang wanita itu gagal dalam mencari pasangan hidup di usia yang semakin meningkat, kehendak2 lain harus diketepikan.

Semua wanita ada keinginan untuk brkahwin, tapi andainya Takdir masih belum menemukan apakah kehidupan harus dinoktahkan. Banyak perkara lain yang boleh dilakukan, seringkali alasan yang diguna pakai ialah tua nanti tak ada anak nak jaga andai terus besendirian, dan saya tertanya2 dalam diri saya, pergi lar ke rumah jagaan orang tua, berapa ramai diantara mreka yang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Majoriti ibubapa yang terbiar adalah mereka yang mempunyai anak yang sibuk dengan kerjaya. Apakah faktor anak yang menjamin kehidupan di hari tua?

Takdir Allah itu jauh lebih indah, indah lagi dari jaluran pelangi, Jika hari ini Allah belum menemukan jodoh saya, mungkin diusia emas saya ada jodoh buat saya atau mungkin ajal terlebih dahulu menjemput saya, kerana perjalanan hidup kita sudah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Ada orang kata jodoh itu macam rezki jika tak dicari takkan dapat, itu hak dan pandangan masing2, setiap manusia berhak memberi pendapat, berhak untuk bersuara kerana ideologi manusia memang berbeza. Hanya yang melalui boleh merasa, bicara tanpa suara.

Saya harus fokus kehidupan saya dalam banyak pecahan, kerana saya yakin dengan takdir kehidupan. Dalam doa kudus seharian saya hanya minta segala urusan saya dipermudahkan. Kehidupan ini tetap diteruskan waima masih bersendirian. Yakinlah dengan janji Allah setiap manusia itu diciptakan berpasang2 pasangan. Ini adalah sebahagian dari ujian. Setiap kesulitan pasti ada jalan, setiap kesedihan pasti ada kebahagiaan, setiap tangisan pasti ada kegembiraan. 

Yang kawin tak semestinya bahagia, yang bujang tak semestinya derita. Setiap orang ada bahagian ujian dan rezki masing2 yang Allah tentukan. Jangan fokus sangat terhadap ujian yang Allah berikan pada orang lain, sebalik tanya diri apakah ini ujian disebalik sebuah kebahagiaan yang hanya nampak pada luaran. Tepuk dada tanya iman, muhasabah diri setiap malam. wallahualam