Hutang..Ah Long atau Along

Assalamualaikum

tajuk suspen sikit..Selamat menjalani ibadah puasa..Alhamdulillah hari nih hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa. Emmm banyak posting pasai juadah berbuka puasa nih kan..menarik dan cemburu pon ada, yer lar orang lain dapat berbuka bersama keluarga, but saya buka sorang2, maklumlar anak perantau.

Kembali kepada tajuk di atas tuh, hutang, memang lar manusia tak lepas dari berhutang, mustahil lar nak beli umah, beli kereta semua dengan "cash money" jenuh nak kumpul duit.

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

Bukan hutang tuh yang saya maksudkan tapi hutang kepada individu 'means' sedara or kawan2. Time nak pinjam bukan main manis lagi mulut, siap berjanji hujung bulan mesti bayar. kan...tapi bila sampai waktunya hahahahaha..faham2 sendiri lar kan..


So, jangan lar mungkir janji dalam berhutang, jangan mengelak untuk membayar hutang, jangan buat2 lupa hutang2 nih. Kadang2 kita ada duit tapi kita sengaja melambatkan nak bayar balik, kalau pemiutang minta mesti kita cakap oooo dia nih kejam tak ada hati perut, tapi kita sebagai penghutang apakah usaha yang kita lakukan untuk melunaskan hutang tersebut.


Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)

Kita tak tahu bila ajal bakal menjemput kita dan jangan kita mati dalam keadaan berhutang. Kerana disana nanti banyak lagi urusan lain yang perlu kita bersoal jawab.

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

AMALAN UNTUK ORANG MUDAH MEMBAYAR HUTANG KITA

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Kat sini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh dibuat sekiranya orang susah atau buat2 lupa nak bayar hutang kita.

1. Amalkan membaca Ya Muzillu sebanyak mungkin setiap hari
2. bacalar LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN sambil membayangkan wajah si penghutang

Insyaallah, kalau dah nama pon rezki kita pasti dapat balik kan rezki kita tuh, tapi kalau sebaliknya Wallahualam..

 


Ramadhan Menjelma Lagi

Assalamualaikum

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Sebelum kita menyambut Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 1433hijrah, Saya memohon Ampun & maaf pada semua tak kira kita pernah betegur atau sekadar di alam maya.

Sebelum terbukanya pintu keampunan, kemuliaan & pintu kerahmatan seluas2nya, izinkan saya melunaskan segala dosa yang disengajakan atau tidak disengajakan sesama manusia. Andai ada tulisan, tutur bahasa yang bisa menyentuh perasaan sehingga mencuit perasaan amarah dan kecewa maaf saya pinta.

Saya menyeru diri saya & rakan2 semua untuk menggunakan masa & ruangan Ramadhan yang bakal tiba dengan sesungguhnya. Ingatlar di bulan mulia Ramadhan segala pintu neraka ditutup dan dibuka pintu keampunan seluas2nya. Gunakanlah peluang dengan sebaik mungkin, uruskan masa dengan seizinnya. Setiap nafas menjadi pahala, apatah lagi ibadah2 yang lainnya.

Saya mengingatkan diri saya dan semua untuk bersederhana, ingatlar Ramadhan bukan pesta makan, bukan juga pesta keramaian. Cukuplar makan sekadar keperluan dan mengikut sunnah yang Nabi kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam ajarkan. Syukurilah nikmat yang tak ternilai dan ingatlar insan2 disekeliling kita yang lebih memerlukan. Maaf saya pinta sekali lagi.

Nak Jadi Orang Baik Jugak lar

Mesyuarat Agong KAAS

Sebenarnya minggu lepas saya agak busy untuk update blog saya, nak tahu kenapa? sebabnya Kelab saya mengadakan Mesyuarat Agong Kali Pertama.

sempat bergambar tuh

Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang
Dan
Nak tahu saya masih diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Penolong Setiausaha dalam Kelab

nih ler jawatankuasa yg baru dilantik
yang baju merah tuh Dato' Dr Haji Abdul Razak bin Kechik Penasihat Kelab Anak2 Sik, Kedah

Bukan senang tau nak buat kerja sukarelawan nih,
nampak mudah tapi banyak cabaran didalamnya
apapon
keikhlasan tuh penting dan semangat setiakawan dalam kelab nih lar yang membolehkan sesebuah kelab itu bertahan kan.


Setianya Saya Kat Kamu

Saya ingin tidur ditemani kamu
& jaga saya juga ditemani kamu,
& hidup saya ditemani kamu,
& mati saya ditemani kamu,
ketawa saya ditemani kamu,
tangisan saya ditemani kamu,
Saya ingin ditemani kamu di dunia,
Ditemani kamu di syurga,
Saya ingin menjadikan diri saya halal
untuk ditemani kamu,
Sebab tu, saya masih menanti kamu,
Saya tahu nama kamu telah tertulis di Luh Mahfuz untuk saya
Cuma...saya belum jumpa kamu,
Psst..Setia tak saya?
Tak cari org lain, tunggu kamu aje!

Wahai Tuhanku..

Wahai Tuhanku..
USAHAKU untuk mendapatkan SYURGA sangat PERLAHAN
sedangkan LARIKU dari NERAKA juga sangat LEMAH...
wahai Tuhanku, aku TIDAK LAYAK untuk syurga Firdaus, bahkan..
aku juga TIDAK SANGGUP untuk ke neraka Jahim..
maka kurniakanlah TAUBAT (keampunan) kepadaku dan AMPUNILAH segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni segala DOSA yang BESAR..

Seseorang minta syurga dan minta BERLI
NDUNG daripada neraka adalah IBADAH,
tetapi NIAT seseorang beribadah adalah kerana Allah..
MINTA syurga adalah ibadah, yang mana juga dilakukan kerana ingin berinteraksi dan berhubungan dengan Allah dalam hubungan KEHAMBAAN..
TAKUT kepada neraka juga adalah sebahagian daripada takut kepada Allah..
oleh itu, jadilah hamba yang TERBAIK, yang sentiasa mengharapkan
KEAMPUNAN dan KASIH SAYANG Allah..wallahua'lam..

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Kala Malam

Kala Malam
Bulan pon terbit menyinari malam..
Terpesona seluruh isi alam yang menyaksikan..
Termanggu aku menumpang cahaya nya biarpon seketika Cuma..

Kala Malam
Aku sendirian berteman nyamuk dan unggas2 malam
Nyamuk gigit pon tak rasa kesakitan..jauh fikiran ku melayang
Cengkerik bunyi memberi tanda malam semakin kelam..

Kala Malam
Ku melihat awan yang nampak hanyalah bulan dihiasi bintang..
Pesona alam indah lagi menawan..itular hebatnya ciptaan Tuhan
Burung tidak lagi bertebangan kerana pulang ke sarang

Kala Malam
Terlihat dari jendela akan sebuah kenangan
Kenangan yang mungkin takkan berulang
Segalanya terlukis pada sebuah lukisan
Lukisan yang ku beri nama sebuah kehidupan

Kolam Ayaq Panaih Ulu Legong

Kesempatan balik kampong baru2 nih digunakan sepenuhnya oleh saya dan rakan2 untuk Program Riadah di Taman Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling Kedah.

pintu gerbang menuju ayaq panaih

Haa..tempat nih memang popular, bukan saja dikunjungi oleh masyarakat sekeliling tapi dari masyarakat yang jauh dari Kedah pon ada. Tujuannya cuma satu nak mandi ayaq panaih.
posing dulu..baru sampai nih..

waktu petang macam nih mmg tak ramai org lagi

harga tiket RM4.00 tapi berkuatkuasa 1 julai 2012 dinaikkan kepada RM6.00

Dikhabarkan ayaq panaih ini mampu merawat dan menyebuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. Kalau nak mandi kena datang dalam pukul 12.00am ke atas. Baru lar air tuh sejuk sikit khabarnya.
panaih tak tahu nak cakap..sebab lepas makan deriyan masuk pulak dalam ayaq panaih

kolam no. 1 memang panas sgt2..kalau diperhatikan betul2 ayaq tengah mendidih kalau bahasa utaqha nya menggelegak

ramai pengunjung yang datang semata2 untuk rendam kaki..
kalau nak syok lagi rendam ngan badan..kedalaman kolam no. 3 nih hanya 4 meter
yang di belakang tuh kolam khas utk kanak2

Aktiviti riadah kali ini dibawah kelolaan saya sendiri. Sambil2 tuh boleh berkelah dan mengeratkan Silaturahim sesama kami.
ayaq menet turut disponsor oleh rakan2

cucuq spera kegemaran saya turut dibawa Alhamdulillah

buah2han juga disponsor oleh rakan2

jenuh makan

pelbagai hidangan

kawan saya sekeluarga potong kek untuk celebrate besday

Alhamdulillah rezki melimpah ruah pulak malam tuh. Ramai pulak kawan2 yang datang bawa makanan.

Sesiapa yang berhajat nak pi mandi kolam ayaq panaih nih bolehlar sangat, kalau boleh elakkan pi weekend pasai ramai sangat oqhang..pi hari biasa pon ok.

Sekian dulu entry saya kali ini