Keresahan


Keresahan..Dalam hati bersimpul kecelaruan fikiran, hati nan hiba penuh kebuntuan. Segala masalah bersimpul dalam satu ikatan. Pada siapa harus ku adukan? Pada siapa harus ku luahkan..

Kalau pada teman bimbang akan menjadi senjata di kala bermusuhan, bimbang jugak kalau aku dan dia bermusuhan, arghhh serabut otak memikirkan.

Pada keluarga..masing-masing dah ada tanggungan..masalah sekecil aku apa sangat yang dihiraukan,,arghhh buntu lagi..ke mana lagi nak ku cari arah..meluah segala kekacauan yang kian bersarang dalam pemikiran usang ini.

Keresahan..kian menggangu konsentrasi dimana2 saja ku berada, di mana kaki ku melangkah disitu keresahan mengekori ku.. aku buntu memikirkan keadaan dan keresahan yang tak mampu berpisah dengan akal ku.
Keresahan..kini ku temui jawapan! Jawapan…

Keresahan bertamu lar kepada Tuhan..agar terlerai segala kecelaruan, ketenangan datang berteman, hilang satu bebanan, Indahnya hidup ini segala keresahan telah ku adukan kepada DIA pemilik segala UJIAN..keresahan kini hilang dihembus tiupan angin bagai debuan yang beterbangan.. terhakisnya sebuah episode kedukaan tanpa kesan..Syukurku panjatkan pada DIA pemilik seluruh alam.

Hilangnya Kemesraan Antara Kita


Apa guna berwajah cantik kalau tak pandai nak senyum…yes…semua insan dilahirkan cantik, sempurna, kalau ada kecacatan tuh pasti ada kelebihan kat lain kan, kira sempurnya makhluk ciptaan Allah yang bernama manusia nih kan.

Kenapa diantara kita hari nih susah sangat nak senyum! Kalau senyum pon diantara kita jer, macam ada ‘puak’ bukankah semua muslim itu bersaudara, emmm.. Hilangnya kemesraan, hilangnya kegembiraan, ketenangan yang mudah kita cari dan dapati. Hanya dengan senyuman. Sebuah sapaan, persahabatan juga bermula dengan senyuman.

Senyum itu manis di dalam dan luaran, Mulakan hari kita dengan senyuman, tak kisahlah pada orang yang kita kenal or tak kenal. Senyuman itu salah satu terapi yang paling mujarab untuk merawat segala penyakit, dengan senyuman hati yang duka bertukar ceria. 


Senyum, senyum, senyum lar walau dalam keterpaksaan
kerana lama-lama akan menjadi kebiasaan.

terima kasih semua yang sudi senyum bila terserempak dengan saya