Lain hulu lain parang..


Seringkali kita nampak kesalahan orang seperti kita tak pernah melakukan kesilapan yang sama hakikatnya kita manusia tiada yang sempurna melainkan Allah menjaga kita dan menutup segala aib kita yang dulunya..

Bila melihat orang berpakaian seksi, kita lar yang sempurna asalnya kita dulu pon pernah melakukan hal yang sama memakai baju terjolok sini sana..bila dah rasa tua baru menutup aurat dengan sempurna

Bila melihat couple berpegangan tangan kita cakap nak tayang walhal kita juga pernah melakukan adegan yang sama ketika masih berpacaran bila dah kawin baru kita jalan renggang renggang
Bila melihat orang sakit mula kita menghukum tuh lar Allah dah dapat balasan di atas segala kejahatan yang dia buat padahal kita dulu pon sakit tenat baru ja sihat

Bila melihat orang membuat silap jangan cepat mengumpat, ingat kita dulu dulu pon pernah buat silap tapi Allah tutup segala aib kita kerana mahu kita bertaubat

Seharusnya perkara sama juga kita buat.. berdoa dan berharap berlaku perubahan pada orang yang kita lihat sedang berbuat silap, siapa kita menghukum orang dan menentukan tempatnya di akhirat..
Jangan anggap kita hebat dan tak pernah buat silap..orang yang hebat sebenarnya orang yang selalu diuji, seperti mana para Rasul dan Nabi yang terdahulu diuji oleh Allah sehingga nyawa dihujung pedang tapi mereka tidak pernah gentar..apakah kita sudah diuji hingga merasa diri terlalu hebat untuk mendapat tempat di akhirat..

Dan jangan lar merasa bangga dengan amal dan apa yang kita ada sehingga membandingkan dengan apa yang orang lain tiada..Hidayah itu milik Allah siapa pon berhak untuk memilikinya waima hidupnya dulu penuh dosa tapi hari ini mungkin iman dan amalnya lebih baik dari kita.

Orang yang tergelincir hidupnya dari landasan bila kembali bertaubat kepada Allah hatinya lebih ikhlas dan lebih hampir kepada penciptaNya, apakah hati kita sedemikian juga..sama2 doakan yang terbaik untuk kita dan orang2 disekeliling kita mudah2han doa yang baik juga akan kembali kepada kita..in sha Allah..

Apakah segulung ijazah itu tanda manusia kaya dan berjaya?



Ramai orang menyangka, memiliki segulung ijazah itu sudah cukup membuat hati kita bahagia hidup kita berjaya?

Andai segulung ijazah mampu memberi ketenangan mampu memberi kekayaan kepada manusia nescaya semua orang akan berlumba2 untuk memilikinya..

Memang memiliki segulung ijazah itu menyumbang kepada faktor kerjaya yang lebih selesa dan peluang mendapat gaji yang lebih tinggi namun itu bukanlar segala2nya..

Hatta pemegang SPM sekalipon jika ingin kita ingin berjaya kita boleh melakukan, ramai orang di luar sana memikirkan faktor memiliki segulung ijazah itu faktor untuk lebih berjaya..

Tapi jika kita ingin berjaya kita boleh kecapi dengan usaha..

Apakah lebih bertuah memiliki segulung ijazah berbanding kita yang menoreh getah, apakah ketenangan itu terletak pada segulung ijazah..

Apakah seorang pemegang ijazah itu Allah tidak datangkan kesedihan kepadanya, kesakitan seperti mana orang lain juga menerimanya..dan adakah kerana faktor segulung ijazah itu juga seseorang itu terlepas dari apa yang Allah telah takdirkan untuknya.

Tidak sama sekali, samada kita pemegang segulung ijazah atau upsr kehidupan kita adalah sama..penat lelah sakit pening dan apa yang orang lain rasa tetap sama..

Segulung ijazah mampu memberikan kita lebih peluang dalam kerjaya dan duduk di atas kerusi dengan jawatan yang lebih tinggi, namun bukan bermakna gaji diterima dengan hanya goyang kaki.

Ramai kita diluar sana telah tersalah sangka, menganggap mereka yang berjaya dan memiliki pangkat dalam kerjaya tidak perlu bekerja keras dan tidak menghadapi stress, malah ada yang menyangka hidup orang yang memiliki ijazah lebih mudah dan banyak harta.

Apakah kita telah membuat kajian sebaiknya, ramai usahawan yang berjaya pada hari ini bukan dari mereka yang memiliki segulung ijazah dan bukan lar berlatar belakangkan keluarga yang senang..yakinlah segulung ijazah tak mampu mengubah kehidupan walaupon ia adalah sebahagian dari penyumbang tapi usaha dan kecekalan untuk mencari rezki itu adalah faktor penyumbang kepada kejayaan dan kekayaan.

Teruskanlah kehidupan dan terokailah peluang yang ada dihadapan walaupon hanya sebagai penjual pekasam.. Kerana usaha yang kecil akan menghasilkan pulangan yang lumayan..rezki yang Allah janjikan tidak terletak pada segulung ijazah yang dipegang..