Tips Putus Cinta Dari Saya

muker orang putus cinta mcm nih gamaknya hehehehe
  • Sibukkan diri dengan aktiviti yang bersesuaian dan tak menyalahi undang2 agama mahupon Negara
  • Berdoa & menangis lar sepuas hati, mengadulah pada Allah segala2nya, minta Allah berikan kekuatan untuk menghadapi kesedihan. Doa yang paling baik ketika sujud.
  • Berfikiran positif setiap perpisahan tuh pasti ada sebabnya. Dan ingatlah Allah nak bagi yang terbaik buat kita.
  • Padam semua sms / meseg yang disimpan. Tak yah baca terus jer delete.
  • Kalau yang dah kerja tuh buat OT banyak2 jangan biarkan ada waktu yang terluang serta boleh buat  anda kesedihan.
  • Banyakkan Istifar.
  • Banyakkan solat2 sunat.
  • Banyakkan berpuasa.
  • Baca Al-Quran untuk mendapat ketenangan.
  • Bercerita / luahkan pada orang yang anda percayai (tapi ingat tak semua benda kita leh cerita kat orang tau!!)
  • Set kan dalam otak ‘kita hanya merancang Allah juga yang menentukan’ dan semua kita adalah milik Allah.
  • Banyakkan baca tentang perkara yang memberi motivasi (apa susah2 kat FB pon dah banyak)
  • Jangan dikenang segala kebaikan si dia walaupon si dia memang baik lar juga.
  • Jangan pergi tempat2 yang boleh mengingatkan  anda pada si dia.
  • Kalau banyak masa terluang tuh join jer program2 kebajikan
  • Kalau tak Berjaya jugak minta doa dari kedua ibubapa (kalau yang masih ada ibubapa lar)

 

 

Ku Cari

uiksss tetiba ayat nih berlegar2 dalam pemikiran

Hargailah Seseorang Yang Dipanggil Ibu


Sehingga saat ini saya masih terasa hangat pelukan ibunda saya. Biarpon 2½ telah berlalu. Bagaikan semalam ibunda memeluk erat diri saya buat kali terakhir. Semua nih takkan berlaku dan takkan berulang lagi dalam hidup saya kecuali dalam mimpi. 

Kalau boleh saya nak minta, nak pinjam ibu saya dalam tempoh tertentu buat pelepas rindu yang saya simpan. Saya nak sangat, tapi saya tak mampu. Sekadar doa dan salam yang termat rindu mampu saya hulurkan tatkala selesai sembahyang. Begitulah perasaan saya saban hari. Siapa yang tak sayang ibu, tapi Allah lebih sayangkan ibunda saya.

Bagi yang masih ada ibu, emak , mummy, ummi, dan apa saja panggilan untuk ibu anda. Hargailah, sayangilah sebelum matanya tertutup buat selama-lamanya. Ketahuilah kita tak kan diberi peluang kedua untuk bermanja dengan ibu kita. Guna lah ruang waktu yang sedia ada sebaik mungkin untuk membalas segala pengorbanan mereka. Bermanjalah dengan mereka sepuas hati sebelum dijemput pergi, kerana memang kita takkan memiliki kasih sayang tulus dari hati buat ke dua kali. 
 Dan ketahuilah apabila tertutupnya mata seorang ibu di dunia, hilanglah salah satu Redha Allah dalam diri kita. Kerana Redha Allah terletak dalam redha seorang ibu. Syurga seorang anak juga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Sayangilah, hargailah, belailah ibu anda selagi diberi peluang da nada hayatnya. Cemburu bukan kepalang bila melihat orang lain bersama ibu. Doakan saya dapat bertemu ibu saya di Syurga nanti. Dialah wanita sebaik2nya buat saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh ibunda saya. Alfatihah

Kerana DIA tahu segalanya

senyum itu penawar duka
Disebalik raut wajah yang ceria saya sembunyikan kesedihan.. bila saya sembunyi orang cari tak jumpa, tapi DIA tahu di mana saya sembunyikan. Lantas kesedihan saya itu telah diambil oleh DIA & hanya dipulangkan tatkala saya meminta. Kenapa saya meminta kesedihan saya? Kerana saya takut kalau hidup saya terlalu gembira saya akan alpa dan hanyut dalam buaian dunia!! Siapa nak kejutkan saya kalau bukan DIA.. kerana DIA tahu segala yang terbaik buat saya!!!

Loqhat Kedah Ulu


Mungkin ramai yang tidak tahu Kedah mempunyai 2 loqhat iaitu Loqhat Kedah Hilir dan Loqhat Kedah Ulu. Entry saya sekali nih berkaitan dengan Loqhat Kedah Ulu yang sering digunakan di Daerah Baling / Sik. 

Yang selalu kita dok dengar tuh ialah Loqhat Kedah Hilir. Loqhat Kedah hulu nih berbeza sikit dari Loqhat Kedah Hilir dan bunyinya seakan2 Loqhat Kelantan.

Kat bawah nih saya cuba buat ayat supaya nampak perbezaan antara kedua2 Loqhat nih:-

Loqhat Kedah Hilir:
Hang nak pi mana
Loqhat Kedah Ulu:
Mu nak gi mana?

Loqhat Kedah Hilir:
Pasai pa jadi macam ni
Loqhat Kedah Ulu:
Okpa jadi balaih nih?

Loqhat Kedah Hilir:
Nak minum ayaq apa, sat nah
Loqhat Kedah Ulu:
nak minum A pa, ko ko lar dulu deh

Untuk rujukan dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang loqhat Kedah Ululayari kamus bahasa Sik, Kedah yang disediakan oleh kawan saya

Jodoh



Jodoh pertemuan telah Allah tentukan sejak azali lagi. Kadang2 kita gusar mengapa jodoh belum tiba, kenapa dan kenapa. Sedangkan kita berusaha sedayanya tapi kita terlupa Allah Maha Menentukan. Biarpon usia saya hampir menjangkau 30 tahun dan acapkali diajukan soalan “Bila nak kawin?” Tunggu sapa lagi? Dan bermacam2 soalan hingga kadang2 naik muak, saya tetap tersenyum dan menjawab “tolong doakan yer” kerana bagi saya Allah Maha Mengetahui segala2nya. Allah tahu waktu yang terbaik untuk saya berkahwin. Insyaallah

Tak semua orang bujang itu derita dan tak semua perkahwinan itu bahagia. Bagi yang sedang bahagia di alam rumahtangga bersyukurlah. Bagi yang kurang bahagia bersyukurlah kerana anda mempunyai suami jika nak dibandingkan dengan orang bujang. Bagi yang bujang  bersyukurlah kerana kita masih belum terpilih untuk menggalas tanggungjawab kerana Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk kita galasi semua tuh. 

Kadangkala bagi yang bujang macam saya banyak tanggungjawab yang dipikul tanggungjawab pada ibu/ayah masyarkat sekeliling dan semua yang memerlukan pertolongan. Lambat atau cepat jodoh pasti akan tiba. Usah risau dek hanya kerana keadaan sekeliling kerana Allah dah merencanakan yang terbaik buat hamba2NYA. Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu, kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan kita.

Bila sampai waktu dan saatnya pasti kita akan bertemu Jodoh yang telah ditentukan buat kita. Bagi saya sendiri tetap menanti dengan penuh yakin dan sabar. Setiap kali selepas Solat saya akan mendoakan agar Jodoh saya kelak sentiasa dalam perlindungan Allah dan tambahkan ilmu didadanya serta jadikan dia (Jodoh saya kelak) seorang yang dapat membinbing saya bila kami disatukan kelak.

Bagi yang tengah couple jangan anggap pasangan anda sekarang adalah jodoh anda sehingga tibanya saat anda disatukan. Jagalar batas pergaulan. Bagi yang tengah mencari pasangan berdoa lar tanpa batasan semoga kita semua dipertemukan dengan pasangan hidup yang telah ditentukan.


Ladang Anggur Tasik Beris

 Ladang Anggur Tasik Beris terletak betul2 bersebelahan Tasik Empangan Beris yang dibina sekitar tahun 2002.  Di tapak ini lah asalnya kampung saya. Tempat yang jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat kelahiran saya.

ecehhh..macam sedih pulak


Pelawat atau Pelancong boleh datang bila2 masa setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang di tutup pada cuti umum hari raya puasa dan hari raya haji.

ada anggur merah dan hijau, yang pastinya anggur hijau lebih manis
 Ladang nih menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam Negara kerana Lokasi nya yang agak menarik di sebelah Tasik dan dikelilingi bukit bakau yang menghijau. ladang anngur ini terletak lebih kurang 20km dari pekan Sik, Kedah

tasik yang berhadapan ladang anggur dikelilingi bukit bukau

 Selain itu terdapat beberapa produk keluaran Ladang Anggur nih yang boleh dibeli antaranya Jus Anggur, kordial, kek dll yang berasaskan anggur.

  

anak buah saya pon suka dengan anggur segar dari ladang
tempat jualan dan tempat beli tiket

Nih lar tempat yang saya pergi bila pulang ke kampong..difahamkan aktiviti berkayak juga disediakan bersebelahan ladang nih, jom lar tunggu apa lagi

Kuew Teow Thng

Hari in Entry saya berkaitan makanan yang paling popular di Daerah kelahiran saya iaitu Sik, Kedah dan juga salah satu makanan kegemaran saya. Makanan nih sangat popular di Sik, Kedah. Payah nak cari kat tempat lain, kalau ada pon rasa dia tak sama macam di Sik, Kedah.
Kawan saya tengah pekena Kuew Teow Thng, macam nih lar rupa Kuew Teow Thng tuh..

KUEW TEOW THNG
Dengar pon macam pelik, Kuew Thng nih macam Kuew Teow Sup jer tapi rasa dia lain sangat sebab resipi nih banyak menggunakan bawang putih kalau tak salah. Kalau saya balik kawan2 mesti saya bawa pergi makan Kuew Teow Thng.

Restoran Kuew Teow Thng atau Restoran Ishak nih terletak betul2 berhadapan Steseb Bas Mara Sik, Kedah. Rugi kalau sapa2 yang pi Sik tak pekena Kuew Teow Thng. Bagi yang tak gemarkan Kuew Teow nih boleh request mee.

Walaupon dah lama merantau anak2 Sik yang pulang sekali sekala mesti pi caqhi Kuew Teow Thng nih. Untuk pengetahuan Kedai nih ditutup pada hari Jumaat. Sekali cuba pasti teringat selalu!!

Celah-celah sebuah persahabatan


gambar sekadar hiasan

Sebagai manusia biasa kita tak dapat nak memuaskan hati semua insan2 disekeliling kita..Kerana hidup ini bukanlah untuk kita2 sahaja tapi untuk semua. Memang adakalanya kita tak lepas dari membuat kesilapan dan adakalanya juga situasi membuat kita melakukan kesilapan tanpa kita sedari. Tapi jangan hanya kerana perkara remeh dan kesilapan yang sedikit menghapus sebuah persahabatan.

gambar sekadar hiasan

Sebuah persahabatan yang dibina seribu tahun pon tak mungkin tak pernah dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau dalam sesuatu persahabatan kita melihat Positif melebihi negative Insyaallah kita akan Nampak kebaikan melebihi keburukan tapi kalau kita menampakkan yang negative melebihi positif. Kita akan Nampak banyak keburukan, sebenarnya disitulah kelemahan kita terlalu sensitive pada Kesilapan orang lain.

gambar sekadar hiasan

Dunia ini banyak ragam, banyak yang akan kita temui didalamnya. Apa yang penting kita persiapkan diri untuk menerima, melihat dan menilai dengan cara yang positif. Insyaallah banyak kebaikan yang kita akan Nampak. Dah nama pon manusia kan.

Ayaq Menet


Ayaq menet nih terkenal kot belah utaqha nuh
Femes dari tahun 60an sampai lar nih
Kiqha ayaq nih nostalgia lar bagi sesapa yang lahir sekitar tahun 60an 70an 80an
Sebab masa tuh tak dak persaingan lagi kot..
hat botoi kala putih nih lar peqhasa "ice cream soda"
 So ayaq menet (air berperisa karbonat) nih menjadi femes pada semua
Ayaq nih ada dalam beberapa peqhasa antaranya ‘Ice Cream Soda’, ‘Oren’, ‘Sarsi, & ‘Rose’ tapi hat paling sedap dan paling oqhang dok caqhi nih perasa ‘Ice Cream Soda’
Tak semua kedai dok juai ayaq nih dah lar nih..
Hanya beberapa buah kedai ja yang masih dok juai ayaq menet nih mungkin sebab saingan kot
Kann..


Apapon ayaq nih memang meninggalkan nostalgia yang amat dalam buat kami semua..
Dulu ayaq nih di juai dengan harga 4 kupang lar nih dengan harga RM1.50 kupang
Zaman dah berubah kan..

Sapa2 yang nak mencuba ayaq nih pi lar caqhi kot kedai2 di sekitar Daerah Sik & Baling
Sekali Cuba pasti Nak lagi!!! 

Aktiviti Cuti Sekolah

Dah lama rasanya saya tak update blog..
Sejak cuti sekolah bermula
Kesibukan telah melanda diri saya!!
Ngalahkan cikgu tuisyen kan!!!

Emmm..

Rindu rasanya nak meng’update blog..

sibuk ngire duit yuran ;p
Sebenarnya saya balik kampong dan menyertai aktivit anjuran Kelab yang saya terajui..
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang
Rasa teruja dan sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh para guru & ibubapa
Apalagi bertukar lar status saya sebagai seorang guru sepanjang program berlansung


Macam2 keletah adik darjah 6
Ada yang datang2 terus demam, pening kepala, sakit peqhut dan macam2
Biasa lar adik kitaorang pon pernah berada ditempat adik2 satu masa dulu..

Emmm 
bukan senang nak jaga anak orang nih kan..
Tahun nih Kem disertai oleh 215 orang murid dari sekitar Sekolah di Daerah Sik, Kedah

Pelbagai aktiviti yang dirancang untuk peserta kali nih..

Alhamdulillah Kelab mendapat sokongan padu dari semua ahli Kelab yang hadir
Kerjasama dan kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh rakan2 dari Kelab amatlah tinggi..
Sehingga Jawatankuasa tetap Kelab Anak-Anak Sik Kedah rasa terharu 

Hanya ucapan ‘terima kasih yang amat tinggi’ dapat kami ungkapkan pada semua yang menjayakan Kem Motivasi & Kecemerlangan UPSR 2012
Banyak kenagan  yang saya dapat

Insyaallah
Akan dikongsi pada entry yang seterusnya