Tips Putus Cinta Dari Saya

muker orang putus cinta mcm nih gamaknya hehehehe
  • Sibukkan diri dengan aktiviti yang bersesuaian dan tak menyalahi undang2 agama mahupon Negara
  • Berdoa & menangis lar sepuas hati, mengadulah pada Allah segala2nya, minta Allah berikan kekuatan untuk menghadapi kesedihan. Doa yang paling baik ketika sujud.
  • Berfikiran positif setiap perpisahan tuh pasti ada sebabnya. Dan ingatlah Allah nak bagi yang terbaik buat kita.
  • Padam semua sms / meseg yang disimpan. Tak yah baca terus jer delete.
  • Kalau yang dah kerja tuh buat OT banyak2 jangan biarkan ada waktu yang terluang serta boleh buat  anda kesedihan.
  • Banyakkan Istifar.
  • Banyakkan solat2 sunat.
  • Banyakkan berpuasa.
  • Baca Al-Quran untuk mendapat ketenangan.
  • Bercerita / luahkan pada orang yang anda percayai (tapi ingat tak semua benda kita leh cerita kat orang tau!!)
  • Set kan dalam otak ‘kita hanya merancang Allah juga yang menentukan’ dan semua kita adalah milik Allah.
  • Banyakkan baca tentang perkara yang memberi motivasi (apa susah2 kat FB pon dah banyak)
  • Jangan dikenang segala kebaikan si dia walaupon si dia memang baik lar juga.
  • Jangan pergi tempat2 yang boleh mengingatkan  anda pada si dia.
  • Kalau banyak masa terluang tuh join jer program2 kebajikan
  • Kalau tak Berjaya jugak minta doa dari kedua ibubapa (kalau yang masih ada ibubapa lar)

 

 

No comments:

Post a Comment