Debu-Debu


Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blogger saya..dek kerana kesibukan dan tugasan hakiki yang menghalangi, terima kasih yang terus membaca dan 'Follow' blog saya..Hanya ucapan terima kasih ikhlas dari hati buat semua yang sudi menemani blog yang semakin sunyi ini..

Debu-debu arghhh pedih mataku tatkala angin meniupkan debu-debu ke muka, bukan salah debu, bukan salah angin; habis salah siapakah ini, salahkah aku?

Debu-debu menghuni setiap lorong, setiap jalan, setiap rumah, setiap jendela dan setiap ruang walau kehadirannya tak dipinta tetapi diduga.
Walau dikibas disapu kesannya tetap ada diruang udara. 

Debu-debu kesannya amat dalam buat penghuni alam walau kehadirannya tak dipedulikan tak dihiraukan; menghuni serata alammaya walau dedaun hijau debuan tetap kelihatan.

Debuan terhasil dari aktiviti perkumuhan, pembakaran, pembalakan, pencerobohan alam, perkilangan dan segala yang berkaitan dengan pencemaran alam.

Debuan tidak salah kau menghuni dunia ini bersama kami kerana kau juga ciptaan Tuhan kami; yang menjadi peringatan buat kami apabila bayangan mu
menjengah alam bersama setiap hembusan.

Maha Pencipta yang menjadikan engkau tapi kami yang mencambahkan engkau dengan sifat-sifat yang ada pada kami; Debuan kini kau menghuni setiap ruang di kota kemegahan, kota keriangan juga diperkampungan; di mana pesatnya pembangunan di situ debuanmu semakin berkilauan.

Debu-debu hanya hujan yang bisa menghapuskan dedebuan. Terhapusnya sebuah kedegilan yang bernama debu-debu mungkin kerana sejuknya air hujan anugerah Allah buat penghuni alam.





Bersediakah Dipanggil Pulang





Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah


Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?




Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat


Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan




engan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada


Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya


Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti


Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat


Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat


Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal


Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan


Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Si Cumel Kesayangan

Saya agak sibuk kebelakangan ini hingga tak sempat nak "update" blog

Update Iman:

  • Berapa lama lagi nak tinggal solat 5 waktu?
  • Berapa lama lagi nak membuka aurat?
  • Berapa lama lagi nak mengata & mengumpat?
  • Berapa lama lagi nak berhutang dgn manusia & liat membayar?
  • Berapa lama lagi nak membuat maksiat itu & ini?
  • Berapa lama lagi agak2nya kita mampu hidup di atas muka bumi dgn kuat & gagah untuk terus melakukan dosa sebelum kita tiba2 rebah tak mampu bergerak...