CINDERELLA




Semalam habis kerja terus ke GSC Midvalley untuk layan citer cinderella..Woowwww..
"Not Bad" lar..seperti yang kita tahu kisah Cinderella dari buku..dari citer-citer sebelum nih..tak dak yang membezakan..cuma watak & tempat tuh menampakkan kelainan..

Alahai..gamaknya aku "berangan" sangat nak jadi macam Cinderella tuh akhirnya kasut aku yang tercabut..cehh..kalau kasut kaca macam Cinderella tuh ok lar jugak kan... hehehe..

Apapon kepada ibubapa yang nak bawa anak2 menonton wayang cuti sekolah nih.. Cinderella nih sangat sesuai lar sebab tak ada "plot" yang keterlaluan..

BILA HIDUP SERING DALAM KESUKARAN


Kadang-kadang kita rasa kita dah buat semampunya..sebaik2nya tapi masih juga tidak berjaya..masih juga tidak kaya.. 

Kecewa..kecundang..marah rasa  down” sangat2..ada saja yang menghalangi usaha kita..ada saja yang tak kena..padahal kita juga berusaha seperti orang lain..tapi kenapa..kenapa..kenapa & kenapa aku masih tak berjaya..sedangkan aku dah cuba sedaya upaya..aku dah habis ber"usaha"..

Ingatlar oleh kita..

Jika ALLAHhendak” memberikan kita sesuatu ia tak boleh dihalang oleh apa2 tangan sekalipon, tapi jika ALLAH “tidak mahu” memberikan kita sesuatu ia tak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipon..

Kadang2 kita berusaha sekuatnya dengan kudrat kita..tapi kita terlupa BERDOA kepada DIA..Sesungguhnya langit dan bumi & segala isinya ALLAH yang punya..jika kita nak sesuatu minta lar kepada pemilikNYA..ALLAH itu Maha Kaya & Maha Meluas Pemberiannya..

Hati Manusia ALLAH yang memiliki jua..bila2 ALLAH boleh menterbalikkannya..minta pada ALLAH..jika manusia tak memberi pada kita..jika kita minta itu ini pada manusia tak pernah dapat..tapi minta pada ALLAH pasti kita dapat..ALLAH akan hadirkan jalan2 yang memberi kesenangan kepada hamba yang tak putus berDOA & meminta kepadaNYA..

in sha ALLAH..

HATI BAHAGIA

Membina hati yang bahagia itu kita tak perlukan batu bata, pasir sungai, kayu, tiang bumbung dan sebagainya..kerana hati yang bahagia itu tak terbina oleh tangan yang mengendalikannya..

Hati yang bahagia itu sangat mudah untuk dibina tanpa perlu membayar apa2..atau membuat pelaburan untuknya..kerana itu orang kaya..orang miskin mampu memilikinya..hati yang bahagia ini tidak dijual beli..dan sesiapa sahaja boleh memilikinya..teramatlah rugi jika kita tidak memilikinya..

Hati bahagia idaman semua..idaman saya juga..

Macam mana nak membina hati yang bahagia sebenarnya..
bersihkan hati kita..tapi bukanlar bermakna kita kena keluarkan hati dan mencuci nya seperti mencuci pakaian kita…owhhh..ada yang merana..

Cuci hati kita..bagi yang beragama islam.. “beristighfar” lah sebanyak mungkin kerana dengan “istighfar” lar dapat mencuci hati kita yang bersalut “Dosa” & “Noda”..

Kalau itu berat untuk kita lakukan..cuba dekatkan diri kita dengan orang yang susah atau terlantar derita kerana dari mereka kita boleh belajar “nikmat” yang berharga dari apa yang kita ada..kadang-kadang kesusahan atau penderitaan yang ALLAH bagi pada orang sekeliling kita adalah ujian buat kita..kalau kita ambik kisah itu bermakna “meseg” itu sampai di hati kita..

Binalah hati bahagia dengan membahagiakan hati kedua ibubapa kita..apabila ibubapa kita bahagia nescaya ALLAH akan memberikan kita bahagia..

Buat lar orang di sekeliling kita tertawa.pastinya kita juga akan merasa bahagia..apabila kita memberi ketawa kita akan mendapat bahagia sebagai pulangannya..

Jangan sesekali membebankan pemikiran kita dengan “dendam ” ingat otak kita bukan muzium untuk menyimpan “dendam berzaman” berilah otak kita ruang2 untuk mengisi kegembiraan..hindari dendam yang berpanjangan.

Dan jangan jangan sesekali membuat orang lain derita kerana kita..sebab Doa orang yang teraniaya nih tiada hijabnya..

Sebenarnya banyak lagi tip-tip untuk membina hati yang bahagia..tapi buat yang mudah jaa dulu..jangan gelojoh untuk membina sesuatu..in sha ALLAH..yang penting jaga hubungan kita dengan ALLAH.. ALLAH pasti jaga kita..



SEMUSIM KEMARAU, SIK KEDAH




Owhhh damainya


Angin membisik damai,
Keriangan berlagu riang,
Ketawa membelah jiwa,
Redupnya cahaya menyuluh jiwa,
Entah mengapa siangku terasa malam
Entah mengapa malam ku terasa siang
Menanti bintang tak pernah kelihatan
Menanti camar terlihat ia terbang ke sarang..

Pelangi petang seakan sembunyi di balik awan..
Kek pelangi kedengaran habis di pasaran..

Rembulan pula kian suram.. Pungguk tak lagi menanti bulan kerana hantu kaklimah sering berkeliaran.. Hanya mengharap unggas masih setia pada malam..

Siang ku mengintai di balik jendela melihat rama-rama terbang ke sini sana..
ingin sekali ku terbang bersama ia tapi apakandaya aku hanya manusia biasa tak punya sayap sepertinya..
Melihat matahari berseloka angin adakalanya turut tertawa..
dan aku turut merasa hembusannya..

Owhhh damainya…

PERSOALAN...

Persoalan hidup ini kadangkala tiada jawapannya..Kenapa..Bagaimana..Bila..Siapa.. & Di mana..cari lar hingga ke hujung dunia namun jawapannya hampa..bertanya lar pada mereka yang arif lagi bijaksana namun masih buntu untuk memberikan jawapan nya..

Adakalanya persoalan kita melampaui batas pemikiran..berlegar2 di minda setiap malam kadang2 persoalan2 ini boleh membuat kita kebingungan..& kebuntuan..

Percaya atau pon tidak hakikat atau lakonan tak semua perkara dan benda di dunia ini kita mampu buat kajian untuk menemukan jawapan..& tak semua benda kita boleh meneroka hingga terjawab persoalan.

Sebagai manusia kita ada keterbatasan & kemampuan...kadang2 persoalan kita macam tak logik dek akal fikiran..cukuplar kita berfikir atas kemampuan & keterbatasan..kerana dunia ini bukan milik kita..kita hanya menumpang di dunia yang fana sebelum dijemput pulang olehNYA..




Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya;
dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(QS: Al-Baqarah Ayat: 284)