Sebuah penaksiran,



 
Kadang2 bila kita kembali pada tempat yang pernah kita lewati suatu masa dulu pasti menggamit memori..sedih, gembira dan pelbagai rasa akan berselang seli pada waktu ini..

Adakalanya bangku usang yang pernah kita duduki juga akan ditenung jauh menusuk ke dalam hati..

Dan tak kurang setiap inci ruang itu akan kita amati sampai ke dasar hati..

Menangis ketawa seakan berselang dengan apa yang kita hayati..

Bagi yang hidup nya lebih baik berbanding dulu..tempat yang pernah dilewati suatu masa dulu mungkin menyimpan pelbagai kisah lucu..kisah sedih juga menjadi ketawa..mungkin pernah tersadong pada kerusi hingga tercabut gigi menjadi bahan jenaka..yang pastinya menyentuh rasa.. Tak kurang juga ada yang akan bersendirian dan berbual pada kenangan yang ditinggalkan..

Dan

Bagi sesetengah dari kita melewati tempat atau ruang yang dulu nya penuh kegembiraan berbanding sekarang, mungkin penghayatan lebih kepada kesedihan..cermin usang yang pernah digunakan mungkin di lap kembali untuk menatap wajah sendiri sambil mengesat airmata di pipi..

Entah lar semua kenangan yang terbekal sememangnya sukar dilupakan.. Menghayati kesedihan tidak akan membawaa apa2 perubahan

Sebaliknya menggantikan sebuah kesedihan dengan kegembiraan akan mewujudkan ketenangan tanpa gelora yang berpanjangan..

Gelodak hati kadangkala usah dituruti, tempat yang lama jangan dipergi kalau sekadar menambah kesedihan hati..usah diulang siar apa yang pernah kita lalui..

Perhatikan dunia ini masih banyak warna warni untuk diterokai di amati..rumah usang yang dulunya sepi adakalanya perlu diberi pembaharuan agar anai2 tak goyang..mungkin pondok usang kan kembali berseri dengan pembaharuan yang kita lakukakn..

Biarkan kenangan pada tempatnya usah diheret kemana kita pergi sebab banyak pengalaman yang akan kita perolehi didepan nanti.. Kalau dah hidup penuh dengan kenangan yang menyedihkan mana lagi kita nak ambik pengalaman yang mendatang yang mungkin lebih mengembirakan..