Yang Inginkan Kelainan

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga meng 'update blog untuk hari nih setelah sekian lama tidak berkesempatan menjejakan kaki..

haaa hari nih saya nak bawa semua oqhang pi jalan2 dekat Resort yang paling mendamaikan yang terletak di Kampong Lentang, Belantik Sik, Kedah

exit gurun - sik

belok kanan











Add caption


sesuai untuk aktiviti perkemahan, riadah dan perkelahan keluarga

semalam RM40.00


sungai yang jernih untuk mandi manda




sesuai untuk pecinta alam sekitar dan sesiapa yang inginkan kelainan

aktiviti penanaman padi organik dijalankan disini

belatar belakangkan bukit bakau yang masih mengancam
 haaaa syok kan tempat nih..memang lain dari yang lain, jauh di pendalaman dan sejuk mata memandang, bab makan jangan risau boleh order ja terus..

seronok sangat walaopon di kampong sendiri saya teruja nak pi lagi..

Kerana takdirnya jauh lebih indah


Melengkapkan jawapan dari seorang kenalan, kenapa saya masih tak kawin? apa yang ditunggu-tunggu lagi..jawapan sebenar ada dalam diri kita..betul atau tak apa saya katakan..bila seorang wanita mulai melangkah ke usia 30 tahun. Perkahwinan bukan lagi fokus kehidupan, bukan beerti tak nak kawin, tapi ada banyak benda lagi perlu difkirkan selain jodoh, mengapa harus dibiarkan usia berlalu tanpa memfokuskan sesuatu yang lebih utama..apakah kerana seorang wanita itu gagal dalam mencari pasangan hidup di usia yang semakin meningkat, kehendak2 lain harus diketepikan.

Semua wanita ada keinginan untuk brkahwin, tapi andainya Takdir masih belum menemukan apakah kehidupan harus dinoktahkan. Banyak perkara lain yang boleh dilakukan, seringkali alasan yang diguna pakai ialah tua nanti tak ada anak nak jaga andai terus besendirian, dan saya tertanya2 dalam diri saya, pergi lar ke rumah jagaan orang tua, berapa ramai diantara mreka yang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Majoriti ibubapa yang terbiar adalah mereka yang mempunyai anak yang sibuk dengan kerjaya. Apakah faktor anak yang menjamin kehidupan di hari tua?

Takdir Allah itu jauh lebih indah, indah lagi dari jaluran pelangi, Jika hari ini Allah belum menemukan jodoh saya, mungkin diusia emas saya ada jodoh buat saya atau mungkin ajal terlebih dahulu menjemput saya, kerana perjalanan hidup kita sudah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Ada orang kata jodoh itu macam rezki jika tak dicari takkan dapat, itu hak dan pandangan masing2, setiap manusia berhak memberi pendapat, berhak untuk bersuara kerana ideologi manusia memang berbeza. Hanya yang melalui boleh merasa, bicara tanpa suara.

Saya harus fokus kehidupan saya dalam banyak pecahan, kerana saya yakin dengan takdir kehidupan. Dalam doa kudus seharian saya hanya minta segala urusan saya dipermudahkan. Kehidupan ini tetap diteruskan waima masih bersendirian. Yakinlah dengan janji Allah setiap manusia itu diciptakan berpasang2 pasangan. Ini adalah sebahagian dari ujian. Setiap kesulitan pasti ada jalan, setiap kesedihan pasti ada kebahagiaan, setiap tangisan pasti ada kegembiraan. 

Yang kawin tak semestinya bahagia, yang bujang tak semestinya derita. Setiap orang ada bahagian ujian dan rezki masing2 yang Allah tentukan. Jangan fokus sangat terhadap ujian yang Allah berikan pada orang lain, sebalik tanya diri apakah ini ujian disebalik sebuah kebahagiaan yang hanya nampak pada luaran. Tepuk dada tanya iman, muhasabah diri setiap malam. wallahualam


Beribu Sesalan

Dalam dunia maya nih..yang tak kaya pon boleh belagak kaya, yang tak pandai pon boleh tunjuk pandai, yang tak alim pon boleh lagak alim, berhati2lah sahabat ku semua. Usah kan anak remaja, orang tua, ibu tunggal , anak dara dan ahli perniagaan pon boleh tertipu dengan dunia maya nih.

Selidik terlebih dahulu dengan orang yang kita kenal dalam dunia maya nih, dunia semakin canggih, tapi otak manusia pulak semakin tak canggih tak dapat nak bezakan antara ketulusan, kejujuran dan penipuan. Sudah terhantuk baru tergadah itu yang boleh dikatakan bila ditipu.

Dari perniagaan, hingga kenalan semuanya tak boleh dipercayai 100%. Ingatlah ramai orang berselindung disebalik topeng2 ultraman, power rangers, upin ipin untuk mencari mangsa. Hahahahahahaha..

Justeru jangan tertarik dengan harta dan kekayaan yang dipamerkan oleh individu tertentu dalam internet. Jangan terpedaya dengan kata2 nasihat dan serban sebagai profile pic di facebook atau twiter. Kata2 nasihat itu mungkin di copy paste dari google dan diolah kunun nak jadi ustaz. Jangan terpedaya dengan cerdik pandai golongan yang sememangnya tak ada iman.

Banyak sangat penipuan membabitkan internet. Jangan terdesak dengan kemewahan, jangan terdesak mencari girlfriend / boyfriend. Jangan teresak mencari jodoh yang akhirnya berakhir dengan penyesalan. Kenapa kita seringkali terlupa bahawa Doa itu senjata yang paling tajam. 

Internet or dunia maya ada juga kebaikan, bukan semuanya tak boleh pakai, pilihan ditangan sendiri, Cuma kita kena pandai membezakan antara kejujuran dan penipuan.



Barang yang lepas jangan dikenang


Audit 2012 
aku 2012..


Before audit diri sendiri buat stocktake dulu..ramai yang audit tapi lupa buat stocktake dulu…
Dah siap buat  stocktake baru buat audit, then baru tahu untung rugi..stocktake bukan hanya untuk sesebuah perniagaan jer tau..untuk diri sendiri pon kena buat stocktake..stock apa yer..pikir ler sendiri..

Bila dah 
stocktake jangan lupa barang yang lama..stock 2012 yang tak perlu lagi eloklar tinggalkan jer  atau  buang jer, tak payah dok bawa untuk tahun 2013 nih…kalau kat SOGO pon diaorang akan buat JUALAN PENGHABISAN STOK..untuk bawa masuk barang baru..kan..

Audit nih perlu untuk nilai untung / rugi. , Ketidaktulusan / Kebocoran diri sendiri…
Dok audit tiap2 tahun tapi perangai lama (stock lama) tak diganti baru..dok bawa jugak untuk tahun 2013.. so macam mana nak maju kalau macam tuh… hat mana boleh di buang / di tinggal tuh eloklar dibuang / ditinggal / dibakar atau dilupuskan demi sebuah ketulusan pada diri ..yang mana perlu dikekalkan eloklar buat penambahbaikan..baru lar Audit 2013 akan lebih untung..nampak ketulusan dan keberkesanan…nanti..

Insyaallah

Jejalan Ke Kota Bharu, Kelantan

Kota Bharu aku datang
Akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki ke Negeri Kelantan Darul Naim, walopon hanya untuk satu hari tapi sekurang2nya aku puas hati dapat pergi ke pasar Siti Khadijah tempat yang selalu jd sebutan.
nih lar barangan yg dijual dipasar Siti Khadijah
mace2 ado

Aktiviti tak lain tak bukan shopping lagi, hehehehe.. terapi yang paling berkesan bagi seorang perempuan, haa batik lukis, batik digital semua dijual kat sini. Best jugak kan Kelantan nih, kalau ada rezki Insyaallah nak pergi lagi nanti.

Pelangi Cantik Tapi Bintang Lagi Menawan


Usah dikejar pelangi yang indahnya hanya sementara..
Dan hanya mengindahkan pandangan mata,
berlalu pergi sekelip mata,
tapi hargailah apa yang kita ada miliki sekarang walaupon panasnya membahang,
teriknya tak tertahan.

Kala malam rembulan pasti mengambang
pasti sejuk cuaca dipandangan
berteman kerdipan bintang malam
yang indahnya lebih lama
berbanding pelangi yang sekejap saja sudah hilang dimata.



Pandai Sangat Ker Aku nih


Teringat kata2 seorang sahabat ketika mengendalikan Kem Motivasi bersama2 beliau. Dan seorang sahabt nih bukan lar calang2 orang, seorang yang berkedudukan lar jugak, tapi Alhamdulillah sangat “Low Profile” dan pemurah.

Salah satu rahsia kejayaan beliau ialah menjaga hubungan dengan orang sekeliling, nasihat seorang sahabat nih “KITA BERJAYA BUKAN KERANA KITA BIJAK ATAU CERDIK SANGAT  TAPI MUNGKIN KERANA DOA ORANG DISEKELILING KITA” Alhamdulillah sahabat nih memang sangat Berjaya dan berkedudukan lar senang citer.

Buat lar baik dengan orang sekeliling..Insyaallah pasti mereka akan mendoakan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat Tak rugi berbaik ngan orang. Kebaikan pasti akan dibalas kebaikan. Walau pon manusia tak membalas tapi Allah pasti balas. 

Tanya diri kita, sejauh mana kita menjaga hubungan dengan orang disekeliling kita dan sejauh mana kita menghulurkan tangan dan meringankan beban disaat mereka memerlukan kita. Kalau tak mampu nak tolong orang untuk meringankan beban cukuplar kita bertegur sapa dan tak menunjukan muncung yang sakan walopon kita memiliki kereta yang besar..kan..