Buku Indahnya Hidup Tanpa Derita

Assalamualaikum
Dua bulan yang lepas saya ada menghadiahkan seorang kenalan rapat saya buku "Indahnya Hidup Tanpa Derita" dan saya sendiri pon dah memiliki buku tersebut so saya rasa isi kandungan dan penulisan yang bersahaja itu sesuai dengan kenalan saya yang dah pon berumahtangga nih, mungkin kenalan saya boleh jadikan panduan untuk rumahtangga beliau.

Hari ini 1 September jam 8.30 pagi kenalan saya sms saya dan bagitahu selepas baca buku nih hati kenalan saya terasa lapang dada dan beban perasaan beliau terasa hilang sedikit demi sedikit dan paling saya sebak kenalan saya sms kini terbuka hatinya untuk Solat. Subahanallah.

Alhamdulillah syukur  kerana Allah memberikan Hidayah kepada kenalan saya dan saya sangat bersyukur tanpa saya sedari airmata saya mengalir. Dan saya harap perubahan ini berkekalan untuk dirinya.


Kepada semua saya bukan nak promosi tapi nak bagitau tak rugi membaca dan memiliki buku ni. Kerana buku ini menghimpunkan 40 kisah rumahtangga. Tak kisahlar saya yang bujang nih pon dah membaca buku nih dan sesuai dijadikan panduan untuk yang berumahtangga dan bakal berumahtangga. Insyaallah

Buku nih hasil penulisan Puan Noor Laila Aniza binti Zakaria.
Dan boleh didapati di kedai buku atau meseg sendiri kepada penulisnya, sebab saya beli terus dari puan laila memandangkan beliau adalah salah seorang rakan FB saya. Harga pon sangat berpatutan dan tak rugi anda memiliki buku ini untuk dijadikan panduan.

Selamat Hari Merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Petua Untuk Lambatkan Rambut Beruban

Sejak dari semalam dok pikir nak kongsi petua ni, Sebab Petua nih dah lama saya amalkan dan diajar oleh orang tua kat kampong saya dulu2 nih. Sampai lar dok amal..Alhamdulillah

Dan Alfatihah buat tok Esah yang bagi petua nih kat saya walaupon beliau dah meninggal tapi banyak petua beliau kongsikan bersama saya.

Petua nih pon saya tanya dia sebab tertarik yer lar masa tuh Tok Esah dah berumur 80 tahun (ikut I/C) tapi uban seurat pon tak nampak dikepala.

Emm saya pon tanya lar arwah masa tuh, Tok Esah yang memang suka bercerita nih menurunkan saya petua nih, kalau menjadi pon satu kebetulan sebab kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang tentukan.
gambar sekadar hiasan

Petuanya macam ni selepas makan nasi cuci tangan dan air basuhan tangan tuh sapu di rambut disertai selawat 3x bermula dari atas sampai hujung rambut, insyaallah mujarab.

Senang kan, tak perlu keluarkan modal pon.

Selamat mencuba..

Selamat Hari Raya Aidil

Assalamualaikum

Di kesempatan nih saya memohon Ampun & Maaf
pada semua muslimin / muslimat tak kira di mana anda

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Berhati2 di Jalan Raya
Semoga Selamat sampai ke destinasi anda



Takdir Mereka

Tersentuh hati membaca kisah ni

"Takdir Kami"
baca selanjutnya

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- (QS Al-Baqarah ayat 286)

Walaupun mereka diuji dengan dugaan Yang Maha Hebat, tapi hati mereka tetap bersama Islam
Syukur Alhamdulillah

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- (QS Al-Imran ayat 139)

Mungkin dimata orang mereka miskin, tapi dimata Allah siapa tahu. Mempunyai anak seramai 16 orang Disitular kekayaan yang mereka miliki.

Kenapa saya kata macam tuh. Saya juga pernah berada di tempat mereka sebelum ini. Dilahirkan dalam keluarga yang agak besar dan ibu seorang Mualaf dan mempunyai 17 orang adik beradik (dan kini tinggal 14)
 
Bukan setakat miskin tapi turut dihina, Saya juga tak pernah ada baju raya semasa kecil saya,
Nasik berlaukkan garam menu biasa, hari raya pakai baju biasa itupun atas ehsan jiran tetangga.

Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran ibu dan ayah & berkat Doa orang disekeliling kami Inilah saya dan keluarga, Inilah hasilnya.


Bagi yang tengah diuji dengan kemiskinan, yakinlah pertolongan Allah pasti datang, Allah memberi kita kesusahan terlebih dahulu sebelum disertai kesenangan.

Untuk semua sama2 kita bantu dan Doakan mereka.
 
Insyaallah

Mudah2han dengan Doa kita serta pertolongan dari semua mampu merubah kehidupan mereka sekeluarga, Berat mata memandang berat lagi bahu menggalas bebanan.


Semua Kerana DIA

Berubahlar kerana Allah..
bukan berubah kerana manusia

Cinta Allah itu Hakiki

Cinta manusia bila2 boleh mati

Allah sentiasa ada diwaktu suka atau duka, senang atau susah
Manusia adakalanya senang bersama, susah hilang ntah ke mana

Kalau Nawaitu kerana Allah ikhlas namanya
Kalau Nawaitu kerana manusia Riak namanya


(pilihan di tangan & di hati kita) 

Mengejar Impian

Ingin terbang di awan biru,
ingin memetik bintang di langit,
ingin melihat semua mimpi indah menjadi nyata,
ternyata keinginan begitu banyak
hingga kadang2 menyesak akal.
Ciptalah impian yang sekadar,
indahnya tiada terbatas,
luasnya tiada sempadan tetapi logiknya jelas.
Kemudian mengadulah kepada Tuhan Pencipta,
DIA pasti boleh membawa kamu ke mana sahaja
Impian berlandas iman, tentu takkan pernah kecundang!

Panduan Berguna Untuk Buat Kuih Raya

Juadah Warisan Bonda Di Pagi Raya Nanti

Memandangkan Mood Raya semakin menebal dalam diri
so

ketupat palas menu wajib orang kedah

Emmm tahun nih saya dah decide nak masak apa untuk juadah di pagi raya

masakan tradisional orang panggil pulut kacau

Sebenarnya
dah 3tahun mak pergi dan 3tahun jugak saya tak merasa semua nih
Tahun ni

murukku air tangan arwah mak mmg sedap

Insyaallah..
i try my best lar untuk sediakan semua nih...harap2  menjadi lar

Perubahan

Alhamdulillah


Saban hari kita disajikan dengan perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh mereka yang bergiat dalam seni suara mahupun lakonan di Tanah Air.

Perubahan mereka adalah kerana berhijrah dan mendalami ilmu agama..

cumel nyer..yatt

Hidayah terus di cari mereka, dan kita semua..

Alhamdulillah sebagai umat islam, saya rasa tersentuh dan bersyukur sangat

Dan

Sedikit ingatan dari saya untuk diri sendiri dan semua

Alhamdulillah..suker tengok senyuman ana

Nak berubah tuh memang mudah
tapi nak kekal kan perubahan tuh memang payah

Apapon sentiasa tanamkan rasa takut kita kepada Neraka Allah..

Tak ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan dalam dunia nih..
Walaupon dalam keadaan kita cuba berubah

Cuma kita kena cepat bangun dan betulkan kesilapan tuh..

Semoga perubahan yang sedikit demi sedikit ini akan membawa kemenangan yang besar kepada Islam ..Insyaallah


Jom Tukar Soklan Lazim Dengan Doa

Soalan kepada yang masih single


Bila Nak Kahwin
Tukar
Saya Doakan semoga Awak cepat bertemu Jodoh





Bila Dah Kawin Tapi Masih Tak Dapat Zuriat

Tak ada isi lagi ka?
Tukar
Saya doakan semoga Awak dirkuniakan zuriat yang soleh & solehah Insyaallah



Bila anak seorang


Bila nak tambah lagi
Tukar
Saya doakan semoga awak dikurniakan anak2 yang ramai.


Bukan susah pon, kan..kenapa kita perlu tukar soklan lazim kita kepada doa,
kerana soklan lazim kadangkala membuat orang lain rasa terkilan sikit dan tak senang nak jawab tambah2 lagi kalau soklan tuh ditanya di depan umum..

Tapi Kalau doa Insyaallah..kita pon akan dapat manfaat darinya..

Jika Sayangkan Suami


Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu diruangan yang sepi ini..
Entah tiba2 hari nih rasa nak mencoret perihal suami / isteri even I masih single & available (pomot diri) nampak!!

Hehehehe..

Emmm apa yang saya nak tulis ini adalah perihal yang nampak remeh yang dipandang sepi oleh sesetengah orang, bukan semua tau!!
Bila terjadi disekeliling saya, baru saya faham dan cuba menyelami hati seorang ibu / ayah yang terbiar sepi

Agak sukar untuk saya coretkan memandangkan saya masih single tapi sedikit ingatan dari saya, kalau kita dah begelar suami / isteri jangan lupa kita juga begelar anak & mempunyai kedua ibubapa yang WAJIB kita jaga. Bagi seorang suami syurganya masih terletak pada ibunya, namun hari ini segalanya dah tunggang langgang, atau kita buat2 lupa, banyak nya tugas menjaga ibu ayah diambil alih oleh anak perempuan.

Kita adalah umat akhir zaman dan banyak perkara yang Nabi pesan kita buat2 lupa dan abaikan,

Jelas dalam hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihi selepas Allah SWT dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya 'selepas itu'?' Jawab Nabi, ayah kamu.

Dan
 
Andainya saya bertemu jodoh suatu hari nanti, saya berdoa agar ditemukan dengan jodoh yang tahu & melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibubapa, kerana itular jalan menuju syurga kelak, Insyaallah.

Indahnya Ramadhan