Jika Sayangkan Suami


Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu diruangan yang sepi ini..
Entah tiba2 hari nih rasa nak mencoret perihal suami / isteri even I masih single & available (pomot diri) nampak!!

Hehehehe..

Emmm apa yang saya nak tulis ini adalah perihal yang nampak remeh yang dipandang sepi oleh sesetengah orang, bukan semua tau!!
Bila terjadi disekeliling saya, baru saya faham dan cuba menyelami hati seorang ibu / ayah yang terbiar sepi

Agak sukar untuk saya coretkan memandangkan saya masih single tapi sedikit ingatan dari saya, kalau kita dah begelar suami / isteri jangan lupa kita juga begelar anak & mempunyai kedua ibubapa yang WAJIB kita jaga. Bagi seorang suami syurganya masih terletak pada ibunya, namun hari ini segalanya dah tunggang langgang, atau kita buat2 lupa, banyak nya tugas menjaga ibu ayah diambil alih oleh anak perempuan.

Kita adalah umat akhir zaman dan banyak perkara yang Nabi pesan kita buat2 lupa dan abaikan,

Jelas dalam hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihi selepas Allah SWT dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya 'selepas itu'?' Jawab Nabi, ayah kamu.

Dan
 
Andainya saya bertemu jodoh suatu hari nanti, saya berdoa agar ditemukan dengan jodoh yang tahu & melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibubapa, kerana itular jalan menuju syurga kelak, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment