Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts

Lakaran Hidup

Owh alangkah ruginya jika kita lalui hidup ini dengan kesesakan..di dada dan kepala..lepaskanlar segala masalah2 mu seketika..apabila kamu menikmati makanan pastikan makanan yang kamu makan itu dijamah dengan nikmat yang ALLAH kurniakan..jangan lar kamu jamah KFC tapi nikmatnya macam belacan kerana nikmat itu telah kamu tenggelamkan dengan segala permasaalahan yang berlegar-legar di ruang akal..

Tatkala kamu berlari bekejaran rasakan nikmat letihnya kamu kerana kamu berlari bukan letihnya  kerana memikirkan masalah yang terbeban..alangkah ruginya jika setiap langkahmu..setiap denyutan nadi mu dan setiap kitaran hidup mu di habiskan dengan memikirkan hal2 yang membawa apa2 keberuntungan..

Hiduplar dengan menikmati kehidupan yang sebenar..jangan lar kamu hilang kenikmatan hidup hanya kerana masalah-masalah yang mendatang..ketahuilah bumi yang mana tak pernah ditimpa hujan dan lautan yang mana tak pernah ditimpa badai..semua orang ALLAH berikan ujian..tapi mungkin ujian tuh tak pernah kelihatan di mata kasar kerana bijak nya mereka menyembunyikan ujian dengan redha pada pencipta NYA..

Biasa lar jika hidup ini kita sebagai manusia melakukan kesilapan..ALLAH tau hambaNYA tak pernah lari dari bisikan syaitan kerana itu pintu TAUBAT terbuka seluas-luas lautan seluas-luas permukaan langit yang kelihatan..

Nikmatilar hidup ini selagi kita berpeluang..tenangkan lar jiwamu dengan membaca alquran..lapangkan lar dadamu dengan mohon keampuanan di siang dan malam..aturkan langkah mu dengan iman sekalipon dunia ini bergelap tanpa siang kamu takkan tersesat dalam perjalanan kerana iman itu petujuk jalan yang benar. Kembalikan jiwa yang tenang tanpa keraguan..

Ujian


Setiap masalah itu UJIAN dari ALLAH kepada HAMBANYA..sekiranya kita terima dengan REDHA ujian akan bertukar menjadi ringan..sekiranya kita tak REDHA ujian akan menjadi satu beban yang menyesakkan fikiran..pilihlar untuk REDHA atas apa jua yang didatangkan..in sha ALLAH kita akan temui jalan dalam setiap kesulitan..




Kiranya ku tahu

Kiranya ku tahu malam itu adakalanya terlalu kelam
akan ku cuba menyelak langit untuk mengajak bulan menemani gelap mu malam..


Namun tekadang sebagai manusia aku ralit dibuai terangnya siang..
walaupon siang ku kadang2 di selubungi jerebu yang tebal..


Ilusi seakan mengajak ku untuk terbang ke awan mencari sesuatu yang kian hilang yang kian tak kelihatan..arghh mungkinkah ini hanya bayangan yang kadangkala menjerat pikiran aku untuk terbang seperti layang2..yang akhirnya terputus tali dan dibiarkan sendiri..

Terpenjara aku pada bayangan sendiri..ku pujuk hati..ku biarkan segalanya pergi..semua ini hanya sebuah mimpi..walaupon nyata aku berpijak pada realiti..

Esok masih menanti dengan deruan angin yang sentiasa menampar pipi ku..menggila bersama daun yang berguguran menyaksikan aku sendirian..titis titis hujan merintik bagai memahami apa yang tersirat di hati..

Aku tetap melangkah dengan kekuatan yang masih tersisa..mungkin hari ini aku terjatuh semula..Tuhan aku tak pernah meminta simpati sesiapa untuk meneruskan langkah perjalanan ku yang mungkin masih tinggal yang ku harapkan hanya kecintaan dari mu Tuhan..peluklar daku Tuhan dalam Rahmat dan Kasih Sayang dalam sisa hidup yang masih tertinggal..

Biarkan Sedih Itu Pada Tempatnya

Biarkan sedih itu pada tempatnya..jangan dibawa kemana saja bersama..tinggalkan lar segala sedih duka itu pada tempatnya..kalau sedih itu sentiasa dibawa bersama tiada  lagi ruang untuk bahagia..nescaya bahagia itu takkan terbina..

Berlaku adil lah pada diri..cukup..cukup lar menangis..cukup2 lar membiarkan jiwa derita...cukuplar..membawa duka dan lara sampai ke destinasinya..tinggalkan saja..kita masih ada bahagia yang menanti di depan sana..percayalar hikmah di sebalik kesulitan adalah bahagia..

Bumi mana tak ditimpa hujan..laut mana tak dipukul badai..begitular kehidupan..namun harus diingat kehidupan tetap perlu diteruskan..mengapa membilang bintang di langit sedangkan matahari yang satu pon belum tentu kita dapat menggapai..jika hilang matahari di waktu siang kita masih ada bulan di kala malam..

Musim Haji tiba lagi

anak2 ketahuilah di setiap lubuk hati kedua ibubapa mu ada terselit keinginan mereka untuk menyempurnakan rukun islam ke 5..Sungguh memang mereka tak kan meminta tetapi sebagai anak apa salahnya kita lunaskan impian mereka..

..semasa hayat Arwah ibuku dia pernah meminta dekat aku untuk menunaikan Umrah..permintaan itu aku buat endah tak endah..sebab kesihatan dia memang tak mengizinkan dia ibuku untuk melangkah..apabila tertutup mata nya buat selamanya..sesalan tuh aku tanggung sampai tak sudah..

Aku nekad nak hantar ayah aku untuk ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji..2010 ayah aku baru membuka akaun Tabung Haji..aku masukkan sedikit demi sedikit wang ke dalam akaunnya..aku suruh ayah aku terus daftar haji pada tahun yang sama..dan aku juga suruh ayah aku menghadiri kursus Haji setiap hujung minggu..

2011..rayuan pertama, aku terpaksa membuat rayuan memandangkan ayah aku dah 70an kalau ikutkan giliran memang tak bekesempatan ikut perkiraan..tahun 2011 rayuan pertama gagal
2012..rayuan kedua masih gagal..ayah aku tetap menghadirkan diri kursus Haji..

2013..rayuan ketiga..aku tekad..daftarkan Badal Haji buat arwah mak aku..sebab hati ku berkata mungkin seru ayah aku akan sampai sekali dengan arwah mak..puasa hampir menjelang..tetapi rayuan Haji ayahku masih samar..ALHAMDULILLAH…ketika aku buntu..ALLAH mendengar permintaan ku & permintaan ayahku..kawan aku meseg ketika dia sedang menunaikan Umrah pada ketika itu..kawan aku menDOA kan semoga ayah aku menjadi tetamu ALLAH pada tahun 2013.. ALHAMDULILLAH.. pulangnya sahabat aku dari UMRAH..2 minggu lepas tuh Tabung Haji call ayah aku mengatakan rayuan ayah aku berjaya dan ayah aku tersenarai untuk menunaikan Haji pada 2013..ALHAMDULILLAH…

Pagi 11/9/2013 kami adik beradik menghantar ayah ke Hotel TH Alor Star..diiringi Hujan lebat..dan pagi tuh juga ALLAH uji aku jatuh tergolek masuk dalam longkang..sakitnya bukan kepalang..tapi demi nak memastikan ayah aku melangkah dalam keadaan lapang dan tenang aku gagah jalan..tapi sakitnya bukan kepalang..

Pagi 12/9/2013 jam 2.00 pagi waktu tempatan aku menerima panggilan pertama dari ayahku dari Madinah..mengatakan ayah selamat tiba..dan dengan tangisan..ayah aku mengucapkan terima kasih kerana menunaikan impian yang dia tak pernah mimpi untuk sampai..

In sha ALLAH jika kita tidak berkira2 untuk kedua ibubapa ALLAH juga tidak berkira2 memberi rezki kepada kita..berilar peluang kepada kedua ibubapa kita jika kita masih bekesempatan..wang bukan halangan jika ALLAH izinkan..yang penting usaha kita untuk memberikan mereka kegembiraan dan menunaikan impian mereka yang tak terlafaz dalam bicara..

Sesiapa yang masih punya ibubapa..mulakan langkah dari sekarang..in sha ALLAH, ALLAH akan membuka kan jalan jika kita ada kesungguhan..

Saya kongsikan coretan supaya dapat kongsi pengalaman dan langkah2 yang perlu dilakukan..kita merancang untuk kebaikan..dengan izin ALLAH juga segalanya dapat ditunaikan..

Selebat Mana Hujan Ia Pasti Kan Berhenti

Dan sehebat mana ujian ia pasti pergi..

Sesuatu yang kita miliki tak selamanya kekal berdiri begitulah kitaran hidup ini..kegembiraan dan kesedihan pasti bersilih ganti..hidup ini adakalanya seindah jalur pelangi adakalanya sehangat matahari & adakalanya sedingin embun pagi.

Burung2 yang beterbangan juga akan kembali ke sarang..bangau di sawah mencari ikan juga beransur pulang..dan senja kian melabuhkan tirai bertamu lar malam bersama kepekatan..dan dari celah dahan kelihatan bulan yang sangat indah bersama kerdipnya bintang yang bercahaya..begitu lar malam biarpon kelam tetap ada kilauan..

Sekadar Renungan..

Orang Yang Susah Sebenarnya


Sesekali terbisik dalam hati kita..arghh buat apa nak bantu dia nih.. sihat je aku tengok.. malas kerja jaa nih.. patut lar susah hurmmm..

Tahukah kita mungkin kita tak tahu di sebaliknya.. mungkin ada sesuatu yang menghalanginya.. Selalunya orang yang susah memang tak akan berkongsi kesusahan atau kesukaran yang mereka hadapi.. bimbang nanti pelbagai persepsi..

Mungkin ada benarnya hanya orang yang pernah hidup susah tahu akan selok belok kesusahan.. bukan orang yang susah itu tak nak keluar dari kepompong kesusahannya.. siapa yang tak nak untuk berjaya dan menjadi kaya.. mungkin kita perlu menyelami sebelum menghukumi dalam apa jua situasi..

Tidak dinafikan usaha mampu merubah keadaan.. namun usah dilupa juga  dengan Qada & Qadar.. adakalanya saat kita dalam kesukaran ALLAH datangkan ujian demi ujian hingga kita tidak mampu lagi bergerak ke hadapan..segalanya bagai ada halangan..bagai ada tangan yang menarik kita ke belakang..hanya yang pernah melalui kesusahan tahu apa itu kesukaran..

Jika kita tak mahu menghulurkan tangan  lebih baik kita diam dari berkata hal yang kita tak tahu pokok pangkalnya.. Kita boleh menilai orang dari luarannya namun tidak semua perkara orang akan bercerita pada kita.. Inilar realiti orang kita pada hari ini..

Adalah lebih baik kita menyelami kesusahan orang lain sampai ke dasar hati nya agar kita lebih memahami kesukaran yang dihadapi dari menghukumi..Tak siapa minta dilahirkan dalam keluarga yang susah..namun jangan dilupa “kesusahan” & “penderitaan” orang lain di sekeliling kita adalah “ujian” ALLAH buat kita…mungkin…

Ingat orang yang betul2 susah tak akan sesekali menceritakan kesusahan mereka pada orang lain kecuali kalau diasak persoalan demi persoalan..kerana mereka tak mahu hidup bergantungan dengan orang..tapi sebagai masyarakat kita harus bersedia untuk menghulurkan tangan atas nama kemanusiaan..

Namun saya tidak pernah sesekali menafikan ada juga di antara hidup dalam kesusahan kerana sikap kita sendiri dan selesa hidup meminta2 daripada berusaha..
Wallahualam..




HATI BAHAGIA

Membina hati yang bahagia itu kita tak perlukan batu bata, pasir sungai, kayu, tiang bumbung dan sebagainya..kerana hati yang bahagia itu tak terbina oleh tangan yang mengendalikannya..

Hati yang bahagia itu sangat mudah untuk dibina tanpa perlu membayar apa2..atau membuat pelaburan untuknya..kerana itu orang kaya..orang miskin mampu memilikinya..hati yang bahagia ini tidak dijual beli..dan sesiapa sahaja boleh memilikinya..teramatlah rugi jika kita tidak memilikinya..

Hati bahagia idaman semua..idaman saya juga..

Macam mana nak membina hati yang bahagia sebenarnya..
bersihkan hati kita..tapi bukanlar bermakna kita kena keluarkan hati dan mencuci nya seperti mencuci pakaian kita…owhhh..ada yang merana..

Cuci hati kita..bagi yang beragama islam.. “beristighfar” lah sebanyak mungkin kerana dengan “istighfar” lar dapat mencuci hati kita yang bersalut “Dosa” & “Noda”..

Kalau itu berat untuk kita lakukan..cuba dekatkan diri kita dengan orang yang susah atau terlantar derita kerana dari mereka kita boleh belajar “nikmat” yang berharga dari apa yang kita ada..kadang-kadang kesusahan atau penderitaan yang ALLAH bagi pada orang sekeliling kita adalah ujian buat kita..kalau kita ambik kisah itu bermakna “meseg” itu sampai di hati kita..

Binalah hati bahagia dengan membahagiakan hati kedua ibubapa kita..apabila ibubapa kita bahagia nescaya ALLAH akan memberikan kita bahagia..

Buat lar orang di sekeliling kita tertawa.pastinya kita juga akan merasa bahagia..apabila kita memberi ketawa kita akan mendapat bahagia sebagai pulangannya..

Jangan sesekali membebankan pemikiran kita dengan “dendam ” ingat otak kita bukan muzium untuk menyimpan “dendam berzaman” berilah otak kita ruang2 untuk mengisi kegembiraan..hindari dendam yang berpanjangan.

Dan jangan jangan sesekali membuat orang lain derita kerana kita..sebab Doa orang yang teraniaya nih tiada hijabnya..

Sebenarnya banyak lagi tip-tip untuk membina hati yang bahagia..tapi buat yang mudah jaa dulu..jangan gelojoh untuk membina sesuatu..in sha ALLAH..yang penting jaga hubungan kita dengan ALLAH.. ALLAH pasti jaga kita..



Apakah segulung ijazah itu tanda manusia kaya dan berjaya?



Ramai orang menyangka, memiliki segulung ijazah itu sudah cukup membuat hati kita bahagia hidup kita berjaya?

Andai segulung ijazah mampu memberi ketenangan mampu memberi kekayaan kepada manusia nescaya semua orang akan berlumba2 untuk memilikinya..

Memang memiliki segulung ijazah itu menyumbang kepada faktor kerjaya yang lebih selesa dan peluang mendapat gaji yang lebih tinggi namun itu bukanlar segala2nya..

Hatta pemegang SPM sekalipon jika ingin kita ingin berjaya kita boleh melakukan, ramai orang di luar sana memikirkan faktor memiliki segulung ijazah itu faktor untuk lebih berjaya..

Tapi jika kita ingin berjaya kita boleh kecapi dengan usaha..

Apakah lebih bertuah memiliki segulung ijazah berbanding kita yang menoreh getah, apakah ketenangan itu terletak pada segulung ijazah..

Apakah seorang pemegang ijazah itu Allah tidak datangkan kesedihan kepadanya, kesakitan seperti mana orang lain juga menerimanya..dan adakah kerana faktor segulung ijazah itu juga seseorang itu terlepas dari apa yang Allah telah takdirkan untuknya.

Tidak sama sekali, samada kita pemegang segulung ijazah atau upsr kehidupan kita adalah sama..penat lelah sakit pening dan apa yang orang lain rasa tetap sama..

Segulung ijazah mampu memberikan kita lebih peluang dalam kerjaya dan duduk di atas kerusi dengan jawatan yang lebih tinggi, namun bukan bermakna gaji diterima dengan hanya goyang kaki.

Ramai kita diluar sana telah tersalah sangka, menganggap mereka yang berjaya dan memiliki pangkat dalam kerjaya tidak perlu bekerja keras dan tidak menghadapi stress, malah ada yang menyangka hidup orang yang memiliki ijazah lebih mudah dan banyak harta.

Apakah kita telah membuat kajian sebaiknya, ramai usahawan yang berjaya pada hari ini bukan dari mereka yang memiliki segulung ijazah dan bukan lar berlatar belakangkan keluarga yang senang..yakinlah segulung ijazah tak mampu mengubah kehidupan walaupon ia adalah sebahagian dari penyumbang tapi usaha dan kecekalan untuk mencari rezki itu adalah faktor penyumbang kepada kejayaan dan kekayaan.

Teruskanlah kehidupan dan terokailah peluang yang ada dihadapan walaupon hanya sebagai penjual pekasam.. Kerana usaha yang kecil akan menghasilkan pulangan yang lumayan..rezki yang Allah janjikan tidak terletak pada segulung ijazah yang dipegang..