Ujian


Setiap masalah itu UJIAN dari ALLAH kepada HAMBANYA..sekiranya kita terima dengan REDHA ujian akan bertukar menjadi ringan..sekiranya kita tak REDHA ujian akan menjadi satu beban yang menyesakkan fikiran..pilihlar untuk REDHA atas apa jua yang didatangkan..in sha ALLAH kita akan temui jalan dalam setiap kesulitan..




Kiranya ku tahu

Kiranya ku tahu malam itu adakalanya terlalu kelam
akan ku cuba menyelak langit untuk mengajak bulan menemani gelap mu malam..


Namun tekadang sebagai manusia aku ralit dibuai terangnya siang..
walaupon siang ku kadang2 di selubungi jerebu yang tebal..


Ilusi seakan mengajak ku untuk terbang ke awan mencari sesuatu yang kian hilang yang kian tak kelihatan..arghh mungkinkah ini hanya bayangan yang kadangkala menjerat pikiran aku untuk terbang seperti layang2..yang akhirnya terputus tali dan dibiarkan sendiri..

Terpenjara aku pada bayangan sendiri..ku pujuk hati..ku biarkan segalanya pergi..semua ini hanya sebuah mimpi..walaupon nyata aku berpijak pada realiti..

Esok masih menanti dengan deruan angin yang sentiasa menampar pipi ku..menggila bersama daun yang berguguran menyaksikan aku sendirian..titis titis hujan merintik bagai memahami apa yang tersirat di hati..

Aku tetap melangkah dengan kekuatan yang masih tersisa..mungkin hari ini aku terjatuh semula..Tuhan aku tak pernah meminta simpati sesiapa untuk meneruskan langkah perjalanan ku yang mungkin masih tinggal yang ku harapkan hanya kecintaan dari mu Tuhan..peluklar daku Tuhan dalam Rahmat dan Kasih Sayang dalam sisa hidup yang masih tertinggal..

Biarkan Sedih Itu Pada Tempatnya

Biarkan sedih itu pada tempatnya..jangan dibawa kemana saja bersama..tinggalkan lar segala sedih duka itu pada tempatnya..kalau sedih itu sentiasa dibawa bersama tiada  lagi ruang untuk bahagia..nescaya bahagia itu takkan terbina..

Berlaku adil lah pada diri..cukup..cukup lar menangis..cukup2 lar membiarkan jiwa derita...cukuplar..membawa duka dan lara sampai ke destinasinya..tinggalkan saja..kita masih ada bahagia yang menanti di depan sana..percayalar hikmah di sebalik kesulitan adalah bahagia..

Bumi mana tak ditimpa hujan..laut mana tak dipukul badai..begitular kehidupan..namun harus diingat kehidupan tetap perlu diteruskan..mengapa membilang bintang di langit sedangkan matahari yang satu pon belum tentu kita dapat menggapai..jika hilang matahari di waktu siang kita masih ada bulan di kala malam..

Musim Haji tiba lagi

anak2 ketahuilah di setiap lubuk hati kedua ibubapa mu ada terselit keinginan mereka untuk menyempurnakan rukun islam ke 5..Sungguh memang mereka tak kan meminta tetapi sebagai anak apa salahnya kita lunaskan impian mereka..

..semasa hayat Arwah ibuku dia pernah meminta dekat aku untuk menunaikan Umrah..permintaan itu aku buat endah tak endah..sebab kesihatan dia memang tak mengizinkan dia ibuku untuk melangkah..apabila tertutup mata nya buat selamanya..sesalan tuh aku tanggung sampai tak sudah..

Aku nekad nak hantar ayah aku untuk ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji..2010 ayah aku baru membuka akaun Tabung Haji..aku masukkan sedikit demi sedikit wang ke dalam akaunnya..aku suruh ayah aku terus daftar haji pada tahun yang sama..dan aku juga suruh ayah aku menghadiri kursus Haji setiap hujung minggu..

2011..rayuan pertama, aku terpaksa membuat rayuan memandangkan ayah aku dah 70an kalau ikutkan giliran memang tak bekesempatan ikut perkiraan..tahun 2011 rayuan pertama gagal
2012..rayuan kedua masih gagal..ayah aku tetap menghadirkan diri kursus Haji..

2013..rayuan ketiga..aku tekad..daftarkan Badal Haji buat arwah mak aku..sebab hati ku berkata mungkin seru ayah aku akan sampai sekali dengan arwah mak..puasa hampir menjelang..tetapi rayuan Haji ayahku masih samar..ALHAMDULILLAH…ketika aku buntu..ALLAH mendengar permintaan ku & permintaan ayahku..kawan aku meseg ketika dia sedang menunaikan Umrah pada ketika itu..kawan aku menDOA kan semoga ayah aku menjadi tetamu ALLAH pada tahun 2013.. ALHAMDULILLAH.. pulangnya sahabat aku dari UMRAH..2 minggu lepas tuh Tabung Haji call ayah aku mengatakan rayuan ayah aku berjaya dan ayah aku tersenarai untuk menunaikan Haji pada 2013..ALHAMDULILLAH…

Pagi 11/9/2013 kami adik beradik menghantar ayah ke Hotel TH Alor Star..diiringi Hujan lebat..dan pagi tuh juga ALLAH uji aku jatuh tergolek masuk dalam longkang..sakitnya bukan kepalang..tapi demi nak memastikan ayah aku melangkah dalam keadaan lapang dan tenang aku gagah jalan..tapi sakitnya bukan kepalang..

Pagi 12/9/2013 jam 2.00 pagi waktu tempatan aku menerima panggilan pertama dari ayahku dari Madinah..mengatakan ayah selamat tiba..dan dengan tangisan..ayah aku mengucapkan terima kasih kerana menunaikan impian yang dia tak pernah mimpi untuk sampai..

In sha ALLAH jika kita tidak berkira2 untuk kedua ibubapa ALLAH juga tidak berkira2 memberi rezki kepada kita..berilar peluang kepada kedua ibubapa kita jika kita masih bekesempatan..wang bukan halangan jika ALLAH izinkan..yang penting usaha kita untuk memberikan mereka kegembiraan dan menunaikan impian mereka yang tak terlafaz dalam bicara..

Sesiapa yang masih punya ibubapa..mulakan langkah dari sekarang..in sha ALLAH, ALLAH akan membuka kan jalan jika kita ada kesungguhan..

Saya kongsikan coretan supaya dapat kongsi pengalaman dan langkah2 yang perlu dilakukan..kita merancang untuk kebaikan..dengan izin ALLAH juga segalanya dapat ditunaikan..

Sayangilar Kedua Ibubapa

..Sungguh apabila kita melakukan sesuatu hal yang mengembirakan hati kedua ibubapa ALLAH akan melapangkan masa yang singkat untuk kita..membuka segala pintu2 yang mempermudahkan urusan kita..yakinlar..jangan berkira2 masa dan penat lelah untuk kedua ibubapa kerana apabila kita merancang untuk kegembiraan mereka ALLAH akan mempermudahkan segala2nya..asalkan kita tak pernah berhenti berDOA kepadaNYA...

Selebat Mana Hujan Ia Pasti Kan Berhenti

Dan sehebat mana ujian ia pasti pergi..

Sesuatu yang kita miliki tak selamanya kekal berdiri begitulah kitaran hidup ini..kegembiraan dan kesedihan pasti bersilih ganti..hidup ini adakalanya seindah jalur pelangi adakalanya sehangat matahari & adakalanya sedingin embun pagi.

Burung2 yang beterbangan juga akan kembali ke sarang..bangau di sawah mencari ikan juga beransur pulang..dan senja kian melabuhkan tirai bertamu lar malam bersama kepekatan..dan dari celah dahan kelihatan bulan yang sangat indah bersama kerdipnya bintang yang bercahaya..begitu lar malam biarpon kelam tetap ada kilauan..

Sekadar Renungan..

Tanda2 Kita Dah Matang Menggunakan Facebook..

Petang nih menulih tentang kematangan kita dalam menggunakan Facebook aka FB, walaupon kita matang dalam usia tapi tak semestinya kita matang semua perkara..& walaupon kita muda tak semestinya kita tak boleh menjadi matang dalam sesetengah perkara:-

*tidak terlalu mendedahkan hal peribadi kita dalam FB, contohnya masalah "rumahtangga" "saudara" "rakan2" dan "jiran tetangga" bimbang hal kecil akan bertukar menjadi lebih besar dan secara tak lansong kita terlalu mendedahkan aib orang lain secara terbuka, ini memberikan kesan yang lebih besar sebenarnya.

*tidak terlalu meng"upload" gambar2 kebahagiaan, aktiviti harian, makanan, kemewahan, kekayaan, kemesraan kerana ada perkara dalam dunia nih kita boleh kongsikan dengan orang sekeliling ada juga perkara yang kita perlu simpan untuk kita rasai sendiri, tak semua orang bertuah dan memiliki apa yang kita ada untuk hari ini.

*jangan selalu "check in" location kita apatah lagi ketika kita berada di institusi kewangan ini memudahkan lagi penjenyah2 atau orang yang berniat tidak baik menyerang kita.

*untuk yang selalu ke masjid, surau dan aktiviti keagamaan tak perlu lar ber'selfie" "check in" bagai menyatakan lokasi di masjid / surau / majlis keagamaan takut perkara2 sebegini menjadi riak dan mengurangkan pahala yang kita kerjakan. Cukuplar berkongsi intipati dari majlis ilmu yang kita perolehi dengan semua rakan2. Perkara ini kadangkala menjadi kebiasaan. Tidak salah berkongsi untuk mewar2kan tapi gunalah ayat yang bersesuaian.

*jangan "share" sesuatu fakta tanpa kesahihan, kerana ia mendatangkan fitnah. Fitnah dikategorikan sebagai salah satu dosa yang besar. Banyak fitnah tersebar di hujung jari pada hari ini.

*tak perlu juga berlagak "hot" dalam FB sebab yang kenal kita pon cuma rakan2 dalam FB, kalau ada 4k rakan 200jer mungkin aktif yang selebihnya tak pernah hairan apa yang kita update seharian. Itular kenyataan.

*tak perlu sangat bertegang urat tangan berdebat dalam sesuatu hal yang tak menguntungkan. Berdebat lar dengan cara sihat, matang dan berilmu pengetahuan.

*suami / isteri jangan terlalu "mesra" dengan orang lain di dalam FB bimbang boleh menjadi punca keretakan rumah tangga.

*elakkan menjadi rakan kepada "ex" anda jika masing2 sudah bekeluarga, ini bagi memastikan bibit cinta yang dulu berputik semula.

*jagalar airmuka rakan2 jangan terlalu menghentam, mengungkit kisah silam & memanggil nya dengan gelaran2 yang memang tak disenanginya.

*jangan bertanya masalah peribadi orang secara terang-terangan ada orang tak suka berkongsi masalah peribadi nya dengan semua orang. "privacy" orang jangan dinafikan.

okeylar..setakat itu sahaja coretan aku untuk kali nih, kalau nak hurai banyak lagi..gunakan media-sosial untuk perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Jangan lupa dosa juga bermula di hujung jari sendiri. Wallahualam..

Di mana di kau wahai jodoh ku..


Di mana di kau wahai jodoh ku..
mungkinkah di sini atau mungkin di sana atau mungkin juga melangkaui benua..
Walau di mana di kau berada jaga tingkah laku mu jangan jadi seperti raksasa yang suka menjahanamkan dunia..jangan juga jadi seperti ultraman asyik pakai baju yang sama ..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
lama mana aku tetap menanti..walau seribu tahun aku setia di sini..sudah tersurat dari azali namamu sudah tercatat untuk diri ku ini..walau tidak di dunia ini di sana nanti..aku pasti..siang dan malam aku dibayangi wajah mu persis salman khan atau amitab bachan yang aku minat dari dulu lagi..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
ketahuilah aku di sini berbesar hati jika tulang rusuk ku ini seorang yang pandai masak maggi..tidak  ku cari sesempurna chef yang  terkenal dan terhandal..cukup lar sekadar bila aku lapar ada makanan jugak  terhidang..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
owhhh dikau yang ku nantikan..tak payah susah2 sediakan aku rumah yang besar sebagai persinggahan kerana yang ku impikan hanya kesederhanaan..cukuplar ku katakan sebuah rumah ada laman di belakangnya ada pokok petai..kerana itular ulaman kegemaran..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
Persiapkan diri mu sebagai seorang imam kerana aku ini makmum yang bakal kau bimbing dan tunjuk ajar..jika aku dalam kepanasan engkau jangan jadikan dirimu peti ais yang  besar dan mahal tapi cukuplar jadikan lar dirimu itu penenang..jika aku dalam kesedihan jangan jadikan dirimu itu besen tempat menadah airmata ku..cukuplar kau menjadi tisu untuk menyapu airmataku..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
Jika aku sakit tak perlulah kau menjadi bomoh untuk menjampiku..cukuplar kau belagak macam doctor untuk merawatku..kalau menjadi doctor kau tidak mampu cukup lar kau menjadi jururawat di kala itu..jika itu pon kau tak tahu sudah memadai kau menjadi pembantu rumah di saat itu untuk membantu menyempurnakan segala tugasanku..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
jagalah dirimu untuk aku..jagalah ibumu sebelum kau menjaga aku..bahagiakan lar kedua ibubapamu terlebih dahulu..seperti mana aku sentiasa mendoakan untukmu aku harap kau juga begitu..atau kau memang tak peduli dan tak terpikir siapa aku..andai tersurat kita bersatu atas dunia ini walau jauh tetap bertemu..hingga tiba saat itu..persiapkanlar dirimu apa yg termampu..

Orang Yang Susah Sebenarnya


Sesekali terbisik dalam hati kita..arghh buat apa nak bantu dia nih.. sihat je aku tengok.. malas kerja jaa nih.. patut lar susah hurmmm..

Tahukah kita mungkin kita tak tahu di sebaliknya.. mungkin ada sesuatu yang menghalanginya.. Selalunya orang yang susah memang tak akan berkongsi kesusahan atau kesukaran yang mereka hadapi.. bimbang nanti pelbagai persepsi..

Mungkin ada benarnya hanya orang yang pernah hidup susah tahu akan selok belok kesusahan.. bukan orang yang susah itu tak nak keluar dari kepompong kesusahannya.. siapa yang tak nak untuk berjaya dan menjadi kaya.. mungkin kita perlu menyelami sebelum menghukumi dalam apa jua situasi..

Tidak dinafikan usaha mampu merubah keadaan.. namun usah dilupa juga  dengan Qada & Qadar.. adakalanya saat kita dalam kesukaran ALLAH datangkan ujian demi ujian hingga kita tidak mampu lagi bergerak ke hadapan..segalanya bagai ada halangan..bagai ada tangan yang menarik kita ke belakang..hanya yang pernah melalui kesusahan tahu apa itu kesukaran..

Jika kita tak mahu menghulurkan tangan  lebih baik kita diam dari berkata hal yang kita tak tahu pokok pangkalnya.. Kita boleh menilai orang dari luarannya namun tidak semua perkara orang akan bercerita pada kita.. Inilar realiti orang kita pada hari ini..

Adalah lebih baik kita menyelami kesusahan orang lain sampai ke dasar hati nya agar kita lebih memahami kesukaran yang dihadapi dari menghukumi..Tak siapa minta dilahirkan dalam keluarga yang susah..namun jangan dilupa “kesusahan” & “penderitaan” orang lain di sekeliling kita adalah “ujian” ALLAH buat kita…mungkin…

Ingat orang yang betul2 susah tak akan sesekali menceritakan kesusahan mereka pada orang lain kecuali kalau diasak persoalan demi persoalan..kerana mereka tak mahu hidup bergantungan dengan orang..tapi sebagai masyarakat kita harus bersedia untuk menghulurkan tangan atas nama kemanusiaan..

Namun saya tidak pernah sesekali menafikan ada juga di antara hidup dalam kesusahan kerana sikap kita sendiri dan selesa hidup meminta2 daripada berusaha..
Wallahualam..




Candat Sotong

Alhamdulillah..





Walaupon laut bergelora & ombak menggila aku dapat juga pengalaman mencandat sotong kali pertama di Maran Terengganu..

Dari mula menaiki bot dah rasa alunan ombak yang menggila tapi demi mencari sebuah pengalaman beharga ku gagahi jua sebuah kembara..

Sampai di tengah samudera boat mula melepaskan sauhnya..bermulalar aktiviti candat sotong tapi nasib tak menyebelahi aku ketika ini, kerana aku terlebih dahulu tewas dengan ombak yang menggila..

Dalam keadaan samar-samar aku dapat melihat di sebalik cahaya beberapa rakan ku berjaya mendapat sotong sebagai hasilnya..mungkin itular penyuntik semangat mereka untuk terus berusaha..apapon pengalaman itu terlalu mahal harganya

CINDERELLA




Semalam habis kerja terus ke GSC Midvalley untuk layan citer cinderella..Woowwww..
"Not Bad" lar..seperti yang kita tahu kisah Cinderella dari buku..dari citer-citer sebelum nih..tak dak yang membezakan..cuma watak & tempat tuh menampakkan kelainan..

Alahai..gamaknya aku "berangan" sangat nak jadi macam Cinderella tuh akhirnya kasut aku yang tercabut..cehh..kalau kasut kaca macam Cinderella tuh ok lar jugak kan... hehehe..

Apapon kepada ibubapa yang nak bawa anak2 menonton wayang cuti sekolah nih.. Cinderella nih sangat sesuai lar sebab tak ada "plot" yang keterlaluan..

BILA HIDUP SERING DALAM KESUKARAN


Kadang-kadang kita rasa kita dah buat semampunya..sebaik2nya tapi masih juga tidak berjaya..masih juga tidak kaya.. 

Kecewa..kecundang..marah rasa  down” sangat2..ada saja yang menghalangi usaha kita..ada saja yang tak kena..padahal kita juga berusaha seperti orang lain..tapi kenapa..kenapa..kenapa & kenapa aku masih tak berjaya..sedangkan aku dah cuba sedaya upaya..aku dah habis ber"usaha"..

Ingatlar oleh kita..

Jika ALLAHhendak” memberikan kita sesuatu ia tak boleh dihalang oleh apa2 tangan sekalipon, tapi jika ALLAH “tidak mahu” memberikan kita sesuatu ia tak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipon..

Kadang2 kita berusaha sekuatnya dengan kudrat kita..tapi kita terlupa BERDOA kepada DIA..Sesungguhnya langit dan bumi & segala isinya ALLAH yang punya..jika kita nak sesuatu minta lar kepada pemilikNYA..ALLAH itu Maha Kaya & Maha Meluas Pemberiannya..

Hati Manusia ALLAH yang memiliki jua..bila2 ALLAH boleh menterbalikkannya..minta pada ALLAH..jika manusia tak memberi pada kita..jika kita minta itu ini pada manusia tak pernah dapat..tapi minta pada ALLAH pasti kita dapat..ALLAH akan hadirkan jalan2 yang memberi kesenangan kepada hamba yang tak putus berDOA & meminta kepadaNYA..

in sha ALLAH..