Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts

Tanda2 Kita Dah Matang Menggunakan Facebook..

Petang nih menulih tentang kematangan kita dalam menggunakan Facebook aka FB, walaupon kita matang dalam usia tapi tak semestinya kita matang semua perkara..& walaupon kita muda tak semestinya kita tak boleh menjadi matang dalam sesetengah perkara:-

*tidak terlalu mendedahkan hal peribadi kita dalam FB, contohnya masalah "rumahtangga" "saudara" "rakan2" dan "jiran tetangga" bimbang hal kecil akan bertukar menjadi lebih besar dan secara tak lansong kita terlalu mendedahkan aib orang lain secara terbuka, ini memberikan kesan yang lebih besar sebenarnya.

*tidak terlalu meng"upload" gambar2 kebahagiaan, aktiviti harian, makanan, kemewahan, kekayaan, kemesraan kerana ada perkara dalam dunia nih kita boleh kongsikan dengan orang sekeliling ada juga perkara yang kita perlu simpan untuk kita rasai sendiri, tak semua orang bertuah dan memiliki apa yang kita ada untuk hari ini.

*jangan selalu "check in" location kita apatah lagi ketika kita berada di institusi kewangan ini memudahkan lagi penjenyah2 atau orang yang berniat tidak baik menyerang kita.

*untuk yang selalu ke masjid, surau dan aktiviti keagamaan tak perlu lar ber'selfie" "check in" bagai menyatakan lokasi di masjid / surau / majlis keagamaan takut perkara2 sebegini menjadi riak dan mengurangkan pahala yang kita kerjakan. Cukuplar berkongsi intipati dari majlis ilmu yang kita perolehi dengan semua rakan2. Perkara ini kadangkala menjadi kebiasaan. Tidak salah berkongsi untuk mewar2kan tapi gunalah ayat yang bersesuaian.

*jangan "share" sesuatu fakta tanpa kesahihan, kerana ia mendatangkan fitnah. Fitnah dikategorikan sebagai salah satu dosa yang besar. Banyak fitnah tersebar di hujung jari pada hari ini.

*tak perlu juga berlagak "hot" dalam FB sebab yang kenal kita pon cuma rakan2 dalam FB, kalau ada 4k rakan 200jer mungkin aktif yang selebihnya tak pernah hairan apa yang kita update seharian. Itular kenyataan.

*tak perlu sangat bertegang urat tangan berdebat dalam sesuatu hal yang tak menguntungkan. Berdebat lar dengan cara sihat, matang dan berilmu pengetahuan.

*suami / isteri jangan terlalu "mesra" dengan orang lain di dalam FB bimbang boleh menjadi punca keretakan rumah tangga.

*elakkan menjadi rakan kepada "ex" anda jika masing2 sudah bekeluarga, ini bagi memastikan bibit cinta yang dulu berputik semula.

*jagalar airmuka rakan2 jangan terlalu menghentam, mengungkit kisah silam & memanggil nya dengan gelaran2 yang memang tak disenanginya.

*jangan bertanya masalah peribadi orang secara terang-terangan ada orang tak suka berkongsi masalah peribadi nya dengan semua orang. "privacy" orang jangan dinafikan.

okeylar..setakat itu sahaja coretan aku untuk kali nih, kalau nak hurai banyak lagi..gunakan media-sosial untuk perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Jangan lupa dosa juga bermula di hujung jari sendiri. Wallahualam..

Kalau orang merendahkan kita

Kalau orang merendahkan kita, lihat karektor orang itu &
jawab soalan2 ini 1 persatu.

1) "Siapakah dia?"
2) "Hebat sangatkah dia?"
3) "Siapa kata dia hebat?"
4) Katakan jawapan di atas,"semua orang kata dia hebat"
5) ("Siapakah semua orang itu?"namakan,berapa orang)
6) "Kalau dia hebat di mata mnusia, hebatkah di mata Allah?"

Kalau dia hebat di mata Allah, pasti dia tak akan mrendahkan diri kita. Maka dia belum hebat. Apa nak dirisau dengan orang yang tak hebat ini

Tips Putus Cinta Dari Saya

muker orang putus cinta mcm nih gamaknya hehehehe
  • Sibukkan diri dengan aktiviti yang bersesuaian dan tak menyalahi undang2 agama mahupon Negara
  • Berdoa & menangis lar sepuas hati, mengadulah pada Allah segala2nya, minta Allah berikan kekuatan untuk menghadapi kesedihan. Doa yang paling baik ketika sujud.
  • Berfikiran positif setiap perpisahan tuh pasti ada sebabnya. Dan ingatlah Allah nak bagi yang terbaik buat kita.
  • Padam semua sms / meseg yang disimpan. Tak yah baca terus jer delete.
  • Kalau yang dah kerja tuh buat OT banyak2 jangan biarkan ada waktu yang terluang serta boleh buat  anda kesedihan.
  • Banyakkan Istifar.
  • Banyakkan solat2 sunat.
  • Banyakkan berpuasa.
  • Baca Al-Quran untuk mendapat ketenangan.
  • Bercerita / luahkan pada orang yang anda percayai (tapi ingat tak semua benda kita leh cerita kat orang tau!!)
  • Set kan dalam otak ‘kita hanya merancang Allah juga yang menentukan’ dan semua kita adalah milik Allah.
  • Banyakkan baca tentang perkara yang memberi motivasi (apa susah2 kat FB pon dah banyak)
  • Jangan dikenang segala kebaikan si dia walaupon si dia memang baik lar juga.
  • Jangan pergi tempat2 yang boleh mengingatkan  anda pada si dia.
  • Kalau banyak masa terluang tuh join jer program2 kebajikan
  • Kalau tak Berjaya jugak minta doa dari kedua ibubapa (kalau yang masih ada ibubapa lar)

 

 

Laksamana Tujuh Katering

Perkhidmatan Katering Segar Dari Ladang









Hubungi No di atas untuk Pertanyaan lanjut & Tempahan

Jom Makan Labu




Jom Makan Labu Untuk Melembutkan Hati



Memandangkan blog lama dah hilang

Dan

Pastinya segala perkongsian juga hilang dalam tuh..

Maka

Saya nak Kongsikan sekali lagi
LABU
Buat pengat pon sedap kan..

Owhhh

Tapi saya paling suka



Lepat Labu..
Info nih saya dapat masa pergi kem motivasi
Untuk pengetahuan semua

LABU 

Dapat melembutkan hati kita
Sesapa yang ada anak / sedara / ahli keluarga yang keras hatinya
Bagi ler makan LABU
Tak kisah lar masak apapon
Asalkan nama nya LABU..

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat pada semua..