Buku Indahnya Hidup Tanpa Derita

Assalamualaikum
Dua bulan yang lepas saya ada menghadiahkan seorang kenalan rapat saya buku "Indahnya Hidup Tanpa Derita" dan saya sendiri pon dah memiliki buku tersebut so saya rasa isi kandungan dan penulisan yang bersahaja itu sesuai dengan kenalan saya yang dah pon berumahtangga nih, mungkin kenalan saya boleh jadikan panduan untuk rumahtangga beliau.

Hari ini 1 September jam 8.30 pagi kenalan saya sms saya dan bagitahu selepas baca buku nih hati kenalan saya terasa lapang dada dan beban perasaan beliau terasa hilang sedikit demi sedikit dan paling saya sebak kenalan saya sms kini terbuka hatinya untuk Solat. Subahanallah.

Alhamdulillah syukur  kerana Allah memberikan Hidayah kepada kenalan saya dan saya sangat bersyukur tanpa saya sedari airmata saya mengalir. Dan saya harap perubahan ini berkekalan untuk dirinya.


Kepada semua saya bukan nak promosi tapi nak bagitau tak rugi membaca dan memiliki buku ni. Kerana buku ini menghimpunkan 40 kisah rumahtangga. Tak kisahlar saya yang bujang nih pon dah membaca buku nih dan sesuai dijadikan panduan untuk yang berumahtangga dan bakal berumahtangga. Insyaallah

Buku nih hasil penulisan Puan Noor Laila Aniza binti Zakaria.
Dan boleh didapati di kedai buku atau meseg sendiri kepada penulisnya, sebab saya beli terus dari puan laila memandangkan beliau adalah salah seorang rakan FB saya. Harga pon sangat berpatutan dan tak rugi anda memiliki buku ini untuk dijadikan panduan.

2 comments:

  1. bace tajuk pon da best..kene carik ni

    ReplyDelete
  2. rieda_ffya: tak rugi bc buku ni..Insyaallah

    ReplyDelete