Loqhat Kedah Ulu


Mungkin ramai yang tidak tahu Kedah mempunyai 2 loqhat iaitu Loqhat Kedah Hilir dan Loqhat Kedah Ulu. Entry saya sekali nih berkaitan dengan Loqhat Kedah Ulu yang sering digunakan di Daerah Baling / Sik. 

Yang selalu kita dok dengar tuh ialah Loqhat Kedah Hilir. Loqhat Kedah hulu nih berbeza sikit dari Loqhat Kedah Hilir dan bunyinya seakan2 Loqhat Kelantan.

Kat bawah nih saya cuba buat ayat supaya nampak perbezaan antara kedua2 Loqhat nih:-

Loqhat Kedah Hilir:
Hang nak pi mana
Loqhat Kedah Ulu:
Mu nak gi mana?

Loqhat Kedah Hilir:
Pasai pa jadi macam ni
Loqhat Kedah Ulu:
Okpa jadi balaih nih?

Loqhat Kedah Hilir:
Nak minum ayaq apa, sat nah
Loqhat Kedah Ulu:
nak minum A pa, ko ko lar dulu deh

Untuk rujukan dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang loqhat Kedah Ululayari kamus bahasa Sik, Kedah yang disediakan oleh kawan saya

No comments:

Post a Comment