Hutang..Ah Long atau Along

Assalamualaikum

tajuk suspen sikit..Selamat menjalani ibadah puasa..Alhamdulillah hari nih hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa. Emmm banyak posting pasai juadah berbuka puasa nih kan..menarik dan cemburu pon ada, yer lar orang lain dapat berbuka bersama keluarga, but saya buka sorang2, maklumlar anak perantau.

Kembali kepada tajuk di atas tuh, hutang, memang lar manusia tak lepas dari berhutang, mustahil lar nak beli umah, beli kereta semua dengan "cash money" jenuh nak kumpul duit.

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

Bukan hutang tuh yang saya maksudkan tapi hutang kepada individu 'means' sedara or kawan2. Time nak pinjam bukan main manis lagi mulut, siap berjanji hujung bulan mesti bayar. kan...tapi bila sampai waktunya hahahahaha..faham2 sendiri lar kan..


So, jangan lar mungkir janji dalam berhutang, jangan mengelak untuk membayar hutang, jangan buat2 lupa hutang2 nih. Kadang2 kita ada duit tapi kita sengaja melambatkan nak bayar balik, kalau pemiutang minta mesti kita cakap oooo dia nih kejam tak ada hati perut, tapi kita sebagai penghutang apakah usaha yang kita lakukan untuk melunaskan hutang tersebut.


Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)

Kita tak tahu bila ajal bakal menjemput kita dan jangan kita mati dalam keadaan berhutang. Kerana disana nanti banyak lagi urusan lain yang perlu kita bersoal jawab.

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

AMALAN UNTUK ORANG MUDAH MEMBAYAR HUTANG KITA

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi)

Kat sini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh dibuat sekiranya orang susah atau buat2 lupa nak bayar hutang kita.

1. Amalkan membaca Ya Muzillu sebanyak mungkin setiap hari
2. bacalar LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN sambil membayangkan wajah si penghutang

Insyaallah, kalau dah nama pon rezki kita pasti dapat balik kan rezki kita tuh, tapi kalau sebaliknya Wallahualam..

 


No comments:

Post a Comment