Celah-celah sebuah persahabatan


gambar sekadar hiasan

Sebagai manusia biasa kita tak dapat nak memuaskan hati semua insan2 disekeliling kita..Kerana hidup ini bukanlah untuk kita2 sahaja tapi untuk semua. Memang adakalanya kita tak lepas dari membuat kesilapan dan adakalanya juga situasi membuat kita melakukan kesilapan tanpa kita sedari. Tapi jangan hanya kerana perkara remeh dan kesilapan yang sedikit menghapus sebuah persahabatan.

gambar sekadar hiasan

Sebuah persahabatan yang dibina seribu tahun pon tak mungkin tak pernah dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau dalam sesuatu persahabatan kita melihat Positif melebihi negative Insyaallah kita akan Nampak kebaikan melebihi keburukan tapi kalau kita menampakkan yang negative melebihi positif. Kita akan Nampak banyak keburukan, sebenarnya disitulah kelemahan kita terlalu sensitive pada Kesilapan orang lain.

gambar sekadar hiasan

Dunia ini banyak ragam, banyak yang akan kita temui didalamnya. Apa yang penting kita persiapkan diri untuk menerima, melihat dan menilai dengan cara yang positif. Insyaallah banyak kebaikan yang kita akan Nampak. Dah nama pon manusia kan.

2 comments:

  1. Salam kenal...persahabatan itu adalah jalinan persuadaraan antara insan yang berlainan darah keturunan. Harap persahabatan kita terus ke depan

    ReplyDelete