Ladang Anggur Tasik Beris

 Ladang Anggur Tasik Beris terletak betul2 bersebelahan Tasik Empangan Beris yang dibina sekitar tahun 2002.  Di tapak ini lah asalnya kampung saya. Tempat yang jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat kelahiran saya.

ecehhh..macam sedih pulak


Pelawat atau Pelancong boleh datang bila2 masa setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang di tutup pada cuti umum hari raya puasa dan hari raya haji.

ada anggur merah dan hijau, yang pastinya anggur hijau lebih manis
 Ladang nih menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam Negara kerana Lokasi nya yang agak menarik di sebelah Tasik dan dikelilingi bukit bakau yang menghijau. ladang anngur ini terletak lebih kurang 20km dari pekan Sik, Kedah

tasik yang berhadapan ladang anggur dikelilingi bukit bukau

 Selain itu terdapat beberapa produk keluaran Ladang Anggur nih yang boleh dibeli antaranya Jus Anggur, kordial, kek dll yang berasaskan anggur.

  

anak buah saya pon suka dengan anggur segar dari ladang
tempat jualan dan tempat beli tiket

Nih lar tempat yang saya pergi bila pulang ke kampong..difahamkan aktiviti berkayak juga disediakan bersebelahan ladang nih, jom lar tunggu apa lagi

2 comments: