Kuew Teow Thng

Hari in Entry saya berkaitan makanan yang paling popular di Daerah kelahiran saya iaitu Sik, Kedah dan juga salah satu makanan kegemaran saya. Makanan nih sangat popular di Sik, Kedah. Payah nak cari kat tempat lain, kalau ada pon rasa dia tak sama macam di Sik, Kedah.
Kawan saya tengah pekena Kuew Teow Thng, macam nih lar rupa Kuew Teow Thng tuh..

KUEW TEOW THNG
Dengar pon macam pelik, Kuew Thng nih macam Kuew Teow Sup jer tapi rasa dia lain sangat sebab resipi nih banyak menggunakan bawang putih kalau tak salah. Kalau saya balik kawan2 mesti saya bawa pergi makan Kuew Teow Thng.

Restoran Kuew Teow Thng atau Restoran Ishak nih terletak betul2 berhadapan Steseb Bas Mara Sik, Kedah. Rugi kalau sapa2 yang pi Sik tak pekena Kuew Teow Thng. Bagi yang tak gemarkan Kuew Teow nih boleh request mee.

Walaupon dah lama merantau anak2 Sik yang pulang sekali sekala mesti pi caqhi Kuew Teow Thng nih. Untuk pengetahuan Kedai nih ditutup pada hari Jumaat. Sekali cuba pasti teringat selalu!!

2 comments: