HATI BAHAGIA

Membina hati yang bahagia itu kita tak perlukan batu bata, pasir sungai, kayu, tiang bumbung dan sebagainya..kerana hati yang bahagia itu tak terbina oleh tangan yang mengendalikannya..

Hati yang bahagia itu sangat mudah untuk dibina tanpa perlu membayar apa2..atau membuat pelaburan untuknya..kerana itu orang kaya..orang miskin mampu memilikinya..hati yang bahagia ini tidak dijual beli..dan sesiapa sahaja boleh memilikinya..teramatlah rugi jika kita tidak memilikinya..

Hati bahagia idaman semua..idaman saya juga..

Macam mana nak membina hati yang bahagia sebenarnya..
bersihkan hati kita..tapi bukanlar bermakna kita kena keluarkan hati dan mencuci nya seperti mencuci pakaian kita…owhhh..ada yang merana..

Cuci hati kita..bagi yang beragama islam.. “beristighfar” lah sebanyak mungkin kerana dengan “istighfar” lar dapat mencuci hati kita yang bersalut “Dosa” & “Noda”..

Kalau itu berat untuk kita lakukan..cuba dekatkan diri kita dengan orang yang susah atau terlantar derita kerana dari mereka kita boleh belajar “nikmat” yang berharga dari apa yang kita ada..kadang-kadang kesusahan atau penderitaan yang ALLAH bagi pada orang sekeliling kita adalah ujian buat kita..kalau kita ambik kisah itu bermakna “meseg” itu sampai di hati kita..

Binalah hati bahagia dengan membahagiakan hati kedua ibubapa kita..apabila ibubapa kita bahagia nescaya ALLAH akan memberikan kita bahagia..

Buat lar orang di sekeliling kita tertawa.pastinya kita juga akan merasa bahagia..apabila kita memberi ketawa kita akan mendapat bahagia sebagai pulangannya..

Jangan sesekali membebankan pemikiran kita dengan “dendam ” ingat otak kita bukan muzium untuk menyimpan “dendam berzaman” berilah otak kita ruang2 untuk mengisi kegembiraan..hindari dendam yang berpanjangan.

Dan jangan jangan sesekali membuat orang lain derita kerana kita..sebab Doa orang yang teraniaya nih tiada hijabnya..

Sebenarnya banyak lagi tip-tip untuk membina hati yang bahagia..tapi buat yang mudah jaa dulu..jangan gelojoh untuk membina sesuatu..in sha ALLAH..yang penting jaga hubungan kita dengan ALLAH.. ALLAH pasti jaga kita..



SEMUSIM KEMARAU, SIK KEDAH




Owhhh damainya


Angin membisik damai,
Keriangan berlagu riang,
Ketawa membelah jiwa,
Redupnya cahaya menyuluh jiwa,
Entah mengapa siangku terasa malam
Entah mengapa malam ku terasa siang
Menanti bintang tak pernah kelihatan
Menanti camar terlihat ia terbang ke sarang..

Pelangi petang seakan sembunyi di balik awan..
Kek pelangi kedengaran habis di pasaran..

Rembulan pula kian suram.. Pungguk tak lagi menanti bulan kerana hantu kaklimah sering berkeliaran.. Hanya mengharap unggas masih setia pada malam..

Siang ku mengintai di balik jendela melihat rama-rama terbang ke sini sana..
ingin sekali ku terbang bersama ia tapi apakandaya aku hanya manusia biasa tak punya sayap sepertinya..
Melihat matahari berseloka angin adakalanya turut tertawa..
dan aku turut merasa hembusannya..

Owhhh damainya…