2012-2013

banyak kenagan indah yang terpahat di hati
2012 bakal berlalu dan melabuhkan tirainya dalam beberapa jam lagi kan..cepatnya masa berlalu, dan salah satu tanda kiamat semakin hampir (masa terasa begitu pantas kan).

Banyak memori indah & kurang indah yang telah berlaku sepanjang 2012 nih..segalanya mematangkan aku, Alhamdulillah banyak perubahan demi perubahan; kalau tak ada perubahan tak ada kemajuan namanya tuh..

moga kebahagian terus dilakar dalam diriku..Insyaallah

Esok 2013 bakal menjelma tahun baru bagi tahun Masihi, berganjaklar umur ku ke 3 series, Pejam celik..pejam celik kejap jer dah melangkau usia 30 tahun.

Doa dan harapan pada tahun ini agar aku ditemukan dengan pasangan hidup yang dapat membahagiakan ku didunia dan akhirat, semoga kan hadir seorang insan yang dapat menemani usiaku di kala senang, dikala susah..dikala sihat dikala sakit..dikala suka, dikala duka..dikala muda, dikala tua..Semoga dapat menjadi imamku..dan aku menjadi makmum untuknya. Semoga dia lar jodoh ku didunia dan diakhirat kelak..

Semoga impian ku untuk menunaikan Umrah dipermudahkan dan mendapat Keredhaan Allah, Inshaallah.

Apa jua doa dan harapan..apa juga takdir yang mendatang akan ku terima dengan rasa tenang, kerana Takdir Allah itu terlalu indah untuk ku Syukuri.

3 comments:

  1. amin.... semoga ditahun baru 2013 lebih bermakna..dan semoga sgala harapan &impian akn dipermudahkn Allah..slmat tahun baru..:)

    ReplyDelete
  2. amiin.. semoga doa2 noor dimakbulkan dan semoga tahun ini dibukakan pintu-pintu kebaikan dan rahmat utk noor. amiin ya robbal 'alamiin..

    ReplyDelete