Hat Yaii

Assalamualaikum..

Kesempatan balik kampong baru2 nih..digunakan oleh saya dengan sesungguhnya, bukan senang nak membahagikan masa di kampong. Maklumlar balik sebulan sekali banyak perkara nak kena buat, tapi kali nih, aktiviti yang dirancang last minit menjadi jugak.

welcome to Hat Yai
sampai hat yaii sudah
 Memandangkan saya berasal dari Kedah so, tak payah guna passport guna border pass jer untuk masuk sempadan, dengan bayaran RM10.00 siap lar border pass yang boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Perjalanan mengambil masa 45 minit dari Pekan Danok, kami menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari Danok ke Hat Yai. Bayaran pon RM5.70 seorang. Yang best kat Hat Yai nih RM pon boleh diguna pakai dan bahasa pengantara diaorang pon Bahasa Melayu.

Emmm memandangkan saya ada kenalan yang memang berketurunan siam dan fasih berbahasa siam, maka lancar lagi lar perjalanan kami dan tujuan kami, yahoooo.!!

posing time

Tujuan tak lain tak bukan..SHOPPING!!! kasut, baju, maxi dll semua murah2 jer kat sini..

Tukang Tawaq menawaq nih dah tentu kawan saya yang fasih berbahasa siam, hehehehehe... So

cer teka berapa RM?

pening kepala nak memilih

size dewasa tak der pulop!!!

tak ader size aku bergambar pon jadi ler..hehehehe

murah..nyerr

sesi mencari maxi

 Sesi pertama shopping pon berakhir berehat sebentar untuk menikmati makanan tengahari omputeh kata lunch. Kat sini ramai orang islam so, tak jadi masalah untuk mencari makanan halal.


makanan yang terhidang semuanya HOT & SPICY

Fulamak Tom Yam nih betoi2 Kaw..1st time dapat makan tom yam sesedap ni..

Jemput makan

meleleh ayaq idong..punya lar kaw

Dah habis sesi makan, maka perjuangan untuk shopping diteruskan dengan semangat yang membara, ecehhhh...perut kenyang..lambat pulak nak berjalan, haaa misi kali nih mencari kasut, murah yak mat kasut2 kat sini.
sesi mencuba..hehehehe

dapat lar 6 pasang kasut, walopon murah tapi selesa di pakai

muker teruja dapat kasut..



cantik & unik kasut2 kat sini...

antara pilihan..hati hehehhehehe
Orang kata tak sah kalau datang Hat Yai tak mencari "pulut ayam" dan "pulut mangga" kat sini, antara makanan yang special dari Hat Yai nih, sedap dan pembuka selera. Pendek kata 1 hari berada di Hat Yai puas hati sangat2..perut kenyang, hati senang, duit pon kurang (mana tak kurang shopping punya hal) hehehehehehe

pulut ayam..mabelesss...


Makan sudah shopping sudah, 1 hari jer di Hat Yai, lebih kurang jam 6.00 petang sampai lar kami di pintu sempadan Thailand-Malaysia, masing2 sarat dengan muatan. Tak rugi bertandang, moga ada keizinan untuk pergi lagi ke Hat Yai.



dikesempatan kali nih saya nak jemput semua follower saya untuk layari blog kawan saya jap..buleh sricandyiman.blogspot.com & kembalikannur.blogspot.com

No comments:

Post a Comment