Tanda2 Kita Dah Matang Menggunakan Facebook..

Petang nih menulih tentang kematangan kita dalam menggunakan Facebook aka FB, walaupon kita matang dalam usia tapi tak semestinya kita matang semua perkara..& walaupon kita muda tak semestinya kita tak boleh menjadi matang dalam sesetengah perkara:-

*tidak terlalu mendedahkan hal peribadi kita dalam FB, contohnya masalah "rumahtangga" "saudara" "rakan2" dan "jiran tetangga" bimbang hal kecil akan bertukar menjadi lebih besar dan secara tak lansong kita terlalu mendedahkan aib orang lain secara terbuka, ini memberikan kesan yang lebih besar sebenarnya.

*tidak terlalu meng"upload" gambar2 kebahagiaan, aktiviti harian, makanan, kemewahan, kekayaan, kemesraan kerana ada perkara dalam dunia nih kita boleh kongsikan dengan orang sekeliling ada juga perkara yang kita perlu simpan untuk kita rasai sendiri, tak semua orang bertuah dan memiliki apa yang kita ada untuk hari ini.

*jangan selalu "check in" location kita apatah lagi ketika kita berada di institusi kewangan ini memudahkan lagi penjenyah2 atau orang yang berniat tidak baik menyerang kita.

*untuk yang selalu ke masjid, surau dan aktiviti keagamaan tak perlu lar ber'selfie" "check in" bagai menyatakan lokasi di masjid / surau / majlis keagamaan takut perkara2 sebegini menjadi riak dan mengurangkan pahala yang kita kerjakan. Cukuplar berkongsi intipati dari majlis ilmu yang kita perolehi dengan semua rakan2. Perkara ini kadangkala menjadi kebiasaan. Tidak salah berkongsi untuk mewar2kan tapi gunalah ayat yang bersesuaian.

*jangan "share" sesuatu fakta tanpa kesahihan, kerana ia mendatangkan fitnah. Fitnah dikategorikan sebagai salah satu dosa yang besar. Banyak fitnah tersebar di hujung jari pada hari ini.

*tak perlu juga berlagak "hot" dalam FB sebab yang kenal kita pon cuma rakan2 dalam FB, kalau ada 4k rakan 200jer mungkin aktif yang selebihnya tak pernah hairan apa yang kita update seharian. Itular kenyataan.

*tak perlu sangat bertegang urat tangan berdebat dalam sesuatu hal yang tak menguntungkan. Berdebat lar dengan cara sihat, matang dan berilmu pengetahuan.

*suami / isteri jangan terlalu "mesra" dengan orang lain di dalam FB bimbang boleh menjadi punca keretakan rumah tangga.

*elakkan menjadi rakan kepada "ex" anda jika masing2 sudah bekeluarga, ini bagi memastikan bibit cinta yang dulu berputik semula.

*jagalar airmuka rakan2 jangan terlalu menghentam, mengungkit kisah silam & memanggil nya dengan gelaran2 yang memang tak disenanginya.

*jangan bertanya masalah peribadi orang secara terang-terangan ada orang tak suka berkongsi masalah peribadi nya dengan semua orang. "privacy" orang jangan dinafikan.

okeylar..setakat itu sahaja coretan aku untuk kali nih, kalau nak hurai banyak lagi..gunakan media-sosial untuk perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Jangan lupa dosa juga bermula di hujung jari sendiri. Wallahualam..

1 comment: