Ketetapan Yang Berhikmah..

Assalamualaikum..

disebalik denai yang berduri ada hasil untuk diterokai..  
yakinlah..

setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku ingin kembali ke dunia blog ku kembali..hilang bukan erti mati..hihihihihi..




ntah hari ini datang dah mood untuk menulis semula..

kali ini aku nak tulis tentang ketetapan yang berhikmah, bagi aku sesuatu yang berlaku ke atas kita adalah ketetapan yang tidak disengajakan.. Hanya Allah yang lebih mengetahui Hikmah disebalik segala ketetapan..

Pandanglah segala "kesulitan" dengan hikmah yang membawa kebaikan, pasti ada ketenangan..bila ada ketenangan akan keluar lar kita dari kesulitan.

Tidak sengaja Allah memberi kita "demam" melainkan untuk kita rehat "MC" di rumah, mungkin sebelum nih kita terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berehat. Bila demam keupayaan untuk buat kerja hilang dan kita perlukan rehat dan rawatan, itular hikmah di sebaliknya "demam"..

dan

bila "demam" pastinya kita diberi panadol, walaupon pahit "panadol" tetap lar mujarab dengan izin Allah jua kan.. betul lar kata orang pahit itu penawar, tanpa kepahitan tak mungkin kita dapat merasa kemanisan..

hikmah nya Allah memberi kita kesulitan sebab nak bagi kita kegembiraan, kalau lar kita tahu tak semua Allah uji dengan kesulitan ada juga yang Allah uji dengan kesenangan..

Wallahualam..

sekian dulu coretan ku untuk kali ini, sekadar melepas rindu pada ruangan yang ku biar sekian lama..




Yang Inginkan Kelainan

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga meng 'update blog untuk hari nih setelah sekian lama tidak berkesempatan menjejakan kaki..

haaa hari nih saya nak bawa semua oqhang pi jalan2 dekat Resort yang paling mendamaikan yang terletak di Kampong Lentang, Belantik Sik, Kedah

exit gurun - sik

belok kanan











Add caption


sesuai untuk aktiviti perkemahan, riadah dan perkelahan keluarga

semalam RM40.00


sungai yang jernih untuk mandi manda




sesuai untuk pecinta alam sekitar dan sesiapa yang inginkan kelainan

aktiviti penanaman padi organik dijalankan disini

belatar belakangkan bukit bakau yang masih mengancam
 haaaa syok kan tempat nih..memang lain dari yang lain, jauh di pendalaman dan sejuk mata memandang, bab makan jangan risau boleh order ja terus..

seronok sangat walaopon di kampong sendiri saya teruja nak pi lagi..

Kerana takdirnya jauh lebih indah


Melengkapkan jawapan dari seorang kenalan, kenapa saya masih tak kawin? apa yang ditunggu-tunggu lagi..jawapan sebenar ada dalam diri kita..betul atau tak apa saya katakan..bila seorang wanita mulai melangkah ke usia 30 tahun. Perkahwinan bukan lagi fokus kehidupan, bukan beerti tak nak kawin, tapi ada banyak benda lagi perlu difkirkan selain jodoh, mengapa harus dibiarkan usia berlalu tanpa memfokuskan sesuatu yang lebih utama..apakah kerana seorang wanita itu gagal dalam mencari pasangan hidup di usia yang semakin meningkat, kehendak2 lain harus diketepikan.

Semua wanita ada keinginan untuk brkahwin, tapi andainya Takdir masih belum menemukan apakah kehidupan harus dinoktahkan. Banyak perkara lain yang boleh dilakukan, seringkali alasan yang diguna pakai ialah tua nanti tak ada anak nak jaga andai terus besendirian, dan saya tertanya2 dalam diri saya, pergi lar ke rumah jagaan orang tua, berapa ramai diantara mreka yang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Majoriti ibubapa yang terbiar adalah mereka yang mempunyai anak yang sibuk dengan kerjaya. Apakah faktor anak yang menjamin kehidupan di hari tua?

Takdir Allah itu jauh lebih indah, indah lagi dari jaluran pelangi, Jika hari ini Allah belum menemukan jodoh saya, mungkin diusia emas saya ada jodoh buat saya atau mungkin ajal terlebih dahulu menjemput saya, kerana perjalanan hidup kita sudah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Ada orang kata jodoh itu macam rezki jika tak dicari takkan dapat, itu hak dan pandangan masing2, setiap manusia berhak memberi pendapat, berhak untuk bersuara kerana ideologi manusia memang berbeza. Hanya yang melalui boleh merasa, bicara tanpa suara.

Saya harus fokus kehidupan saya dalam banyak pecahan, kerana saya yakin dengan takdir kehidupan. Dalam doa kudus seharian saya hanya minta segala urusan saya dipermudahkan. Kehidupan ini tetap diteruskan waima masih bersendirian. Yakinlah dengan janji Allah setiap manusia itu diciptakan berpasang2 pasangan. Ini adalah sebahagian dari ujian. Setiap kesulitan pasti ada jalan, setiap kesedihan pasti ada kebahagiaan, setiap tangisan pasti ada kegembiraan. 

Yang kawin tak semestinya bahagia, yang bujang tak semestinya derita. Setiap orang ada bahagian ujian dan rezki masing2 yang Allah tentukan. Jangan fokus sangat terhadap ujian yang Allah berikan pada orang lain, sebalik tanya diri apakah ini ujian disebalik sebuah kebahagiaan yang hanya nampak pada luaran. Tepuk dada tanya iman, muhasabah diri setiap malam. wallahualam