
Debu-Debu
Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blogger saya..dek kerana kesibukan dan tugasan hakiki yang menghalangi, terima kasih yang terus membaca dan 'Follow' blog saya..Hanya ucapan terima kasih ikhlas dari hati buat semua yang sudi menemani blog yang semakin sunyi ini..
Debu-debu arghhh pedih mataku tatkala angin meniupkan debu-debu
ke muka, bukan salah debu, bukan salah angin; habis salah siapakah ini, salahkah
aku?
Debu-debu menghuni setiap lorong, setiap jalan, setiap
rumah, setiap jendela dan setiap ruang walau kehadirannya tak dipinta tetapi
diduga.
Walau dikibas disapu kesannya tetap ada diruang udara.
Walau dikibas disapu kesannya tetap ada diruang udara.
Debu-debu kesannya amat dalam buat penghuni alam walau
kehadirannya tak dipedulikan tak dihiraukan; menghuni serata alammaya walau
dedaun hijau debuan tetap kelihatan.
Debuan terhasil dari aktiviti perkumuhan, pembakaran,
pembalakan, pencerobohan alam, perkilangan dan segala yang berkaitan dengan
pencemaran alam.
Debuan tidak salah kau menghuni dunia ini bersama kami
kerana kau juga ciptaan Tuhan kami; yang menjadi peringatan buat kami apabila
bayangan mu
menjengah alam bersama setiap hembusan.
menjengah alam bersama setiap hembusan.
Maha Pencipta yang menjadikan engkau tapi kami yang
mencambahkan engkau dengan sifat-sifat yang ada pada kami; Debuan kini kau
menghuni setiap ruang di kota kemegahan, kota keriangan juga diperkampungan; di
mana pesatnya pembangunan di situ debuanmu semakin berkilauan.
Debu-debu hanya hujan yang bisa menghapuskan dedebuan.
Terhapusnya sebuah kedegilan yang bernama debu-debu mungkin kerana sejuknya air
hujan anugerah Allah buat penghuni alam.

Bersediakah Dipanggil Pulang
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
engan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Update Iman:
- Berapa lama lagi nak tinggal solat 5 waktu?
- Berapa lama lagi nak membuka aurat?
- Berapa lama lagi nak mengata & mengumpat?
- Berapa lama lagi nak berhutang dgn manusia & liat
membayar?
- Berapa lama lagi nak membuat maksiat itu & ini?
- Berapa lama lagi agak2nya kita mampu hidup di atas muka bumi dgn kuat & gagah untuk terus melakukan dosa sebelum kita tiba2 rebah tak mampu bergerak...

Subscribe to:
Posts (Atom)