Pandai Sangat Ker Aku nih


Teringat kata2 seorang sahabat ketika mengendalikan Kem Motivasi bersama2 beliau. Dan seorang sahabt nih bukan lar calang2 orang, seorang yang berkedudukan lar jugak, tapi Alhamdulillah sangat “Low Profile” dan pemurah.

Salah satu rahsia kejayaan beliau ialah menjaga hubungan dengan orang sekeliling, nasihat seorang sahabat nih “KITA BERJAYA BUKAN KERANA KITA BIJAK ATAU CERDIK SANGAT  TAPI MUNGKIN KERANA DOA ORANG DISEKELILING KITA” Alhamdulillah sahabat nih memang sangat Berjaya dan berkedudukan lar senang citer.

Buat lar baik dengan orang sekeliling..Insyaallah pasti mereka akan mendoakan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat Tak rugi berbaik ngan orang. Kebaikan pasti akan dibalas kebaikan. Walau pon manusia tak membalas tapi Allah pasti balas. 

Tanya diri kita, sejauh mana kita menjaga hubungan dengan orang disekeliling kita dan sejauh mana kita menghulurkan tangan dan meringankan beban disaat mereka memerlukan kita. Kalau tak mampu nak tolong orang untuk meringankan beban cukuplar kita bertegur sapa dan tak menunjukan muncung yang sakan walopon kita memiliki kereta yang besar..kan..

5 comments:

  1. saya pernah dgr juga org ckp mcmni. kalau kita doakn kejayaan org lain pun xde ruginya pd dri sndri kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer saling mendoakan antara satu sm lain :)

      Delete
  2. setuju. benar, begitulaah yg sebaiknya. sebaik2 manusia adalah yang sentiasa saling membantu dengan hati penuh ikhlas. :)

    ReplyDelete