Selidik terlebih dahulu dengan orang yang kita kenal dalam
dunia maya nih, dunia semakin canggih, tapi otak manusia pulak semakin tak
canggih tak dapat nak bezakan antara ketulusan, kejujuran dan penipuan. Sudah
terhantuk baru tergadah itu yang boleh dikatakan bila ditipu.
Dari perniagaan, hingga kenalan semuanya tak boleh
dipercayai 100%. Ingatlah ramai orang berselindung disebalik topeng2 ultraman,
power rangers, upin ipin untuk mencari mangsa. Hahahahahahaha..
Justeru jangan tertarik dengan harta dan kekayaan yang
dipamerkan oleh individu tertentu dalam internet. Jangan terpedaya dengan kata2
nasihat dan serban sebagai profile pic di facebook atau twiter. Kata2 nasihat
itu mungkin di copy paste dari google dan diolah kunun nak jadi ustaz. Jangan
terpedaya dengan cerdik pandai golongan yang sememangnya tak ada iman.
Banyak sangat penipuan membabitkan internet. Jangan terdesak
dengan kemewahan, jangan terdesak mencari girlfriend / boyfriend. Jangan teresak
mencari jodoh yang akhirnya berakhir dengan penyesalan. Kenapa kita
seringkali terlupa bahawa Doa itu senjata yang paling tajam.
Internet or dunia maya ada juga kebaikan, bukan semuanya tak
boleh pakai, pilihan ditangan sendiri, Cuma kita kena pandai membezakan antara
kejujuran dan penipuan.
sy setuju nor..betul kata anda...amik iktibar dr penglaman kwn2...
ReplyDeleteTuh ler sesal dulu pendapatn...sesal kemudian jadikan pengajaran
Delete