Rakan Kita Membentuk Peribadi Kita..

Setuju tak kalau saya kata macam tuh..

Pakar Motivasi pon selalu kata..


Kalau nak tahu siapa diri kita lihatlah orang disekeliling kita..
 
Bebalik pada story mory morning glory..

Sejak kebelakangan nih..ramai benar kawan yang terdiri dari pendidik..di sekeliling saya..

Dan 

Secara tak lansung penulisan, ejaan dan tata bahasa saya turut berubah..

Nak tahu kenapa..


Itu lar untungnya berkawan dengan cikgu Bahasa Melayu nih.
Setiap kali ada kesilapan pada ejaan atau Tatabahasa

Saya mesti di tegur..

Secara tidak lansung semua nih membentuk peribadi atau sifat saya untuk lebih berhati-hati dalam penulisan dan kerjaya saya..

Itu baru cikgu

Berkawan dengan Polis pulak
Membentuk peribadi saya supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada 


Kebanyakkan abang polis nih tegas kan

Tapi baik hati 

Berkawan pulak dengan Ustaz dan Ustazah


 Secara tak lansung Aura mereka akan memberi kesan pada kita..

Tengok dari cara kehidupan dan wajah ustaz / ustazah nih akan membuat kita sejuk mata memandang dan mendorong diri kita (hati kita) untuk jadi seperti mereka
Kan..

Berkawan pulak dengan Motivator 
 Setiap hari kita akan mendapat motivasi
Motivasi yang meransang kita untuk berubah dan terus berubah ke arah kebaikan..

Alhamdulillah..

Akhir sekali

Bila saya berkawan dengan ibu-ibu nih banyak mengajar saya untuk menyelami hati seorang ibu
 Bukan setakat itu sahaja 

Banyak lagi yang saya perolehi bila berkawan dengan ibu- nih..

Antaranya

Cara penjagaan Bayi
Cara memilih baju pada anak-anak
Masakan untuk anak-anak
Dan macam-macam lagi tips untuk rumah tangga

Walaupun

Masih single tak salah kan untuk saya ambil tahu
Kan.. 

Emmm..
Setiap orang kawan kan..berhati-hati lar dalam memilih rakan..percaya ataupun tidak pengaruh rakan ni penting dalam kehidupan seharian kita..

Dan orang menilai kita dengan melihat kepada orang di sekeliling kita.. kerana mereka  mampu membentuk karakter diri kita..

Alhamdulillah..

Rakan2 dan orang di sekeliling saya adalah orang yang baik-baik dan sentiasa memberi saya aura yang baik.

"Yang Baik Kita Simpan..Yang Sebaliknya Nilailah dengan Akal yang dikurniakan"

2 comments: