Di mana di kau wahai jodoh ku..


Di mana di kau wahai jodoh ku..
mungkinkah di sini atau mungkin di sana atau mungkin juga melangkaui benua..
Walau di mana di kau berada jaga tingkah laku mu jangan jadi seperti raksasa yang suka menjahanamkan dunia..jangan juga jadi seperti ultraman asyik pakai baju yang sama ..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
lama mana aku tetap menanti..walau seribu tahun aku setia di sini..sudah tersurat dari azali namamu sudah tercatat untuk diri ku ini..walau tidak di dunia ini di sana nanti..aku pasti..siang dan malam aku dibayangi wajah mu persis salman khan atau amitab bachan yang aku minat dari dulu lagi..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
ketahuilah aku di sini berbesar hati jika tulang rusuk ku ini seorang yang pandai masak maggi..tidak  ku cari sesempurna chef yang  terkenal dan terhandal..cukup lar sekadar bila aku lapar ada makanan jugak  terhidang..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
owhhh dikau yang ku nantikan..tak payah susah2 sediakan aku rumah yang besar sebagai persinggahan kerana yang ku impikan hanya kesederhanaan..cukuplar ku katakan sebuah rumah ada laman di belakangnya ada pokok petai..kerana itular ulaman kegemaran..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
Persiapkan diri mu sebagai seorang imam kerana aku ini makmum yang bakal kau bimbing dan tunjuk ajar..jika aku dalam kepanasan engkau jangan jadikan dirimu peti ais yang  besar dan mahal tapi cukuplar jadikan lar dirimu itu penenang..jika aku dalam kesedihan jangan jadikan dirimu itu besen tempat menadah airmata ku..cukuplar kau menjadi tisu untuk menyapu airmataku..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
Jika aku sakit tak perlulah kau menjadi bomoh untuk menjampiku..cukuplar kau belagak macam doctor untuk merawatku..kalau menjadi doctor kau tidak mampu cukup lar kau menjadi jururawat di kala itu..jika itu pon kau tak tahu sudah memadai kau menjadi pembantu rumah di saat itu untuk membantu menyempurnakan segala tugasanku..

Di mana di kau wahai jodoh ku..
jagalah dirimu untuk aku..jagalah ibumu sebelum kau menjaga aku..bahagiakan lar kedua ibubapamu terlebih dahulu..seperti mana aku sentiasa mendoakan untukmu aku harap kau juga begitu..atau kau memang tak peduli dan tak terpikir siapa aku..andai tersurat kita bersatu atas dunia ini walau jauh tetap bertemu..hingga tiba saat itu..persiapkanlar dirimu apa yg termampu..

2 comments: