Memberi dan menerima..


Dalam hidup ini kita perlu banyak memberi untuk banyak menerima, jangan mengharapkan pulangan tanpa pelaburan kalau dalam istilah perniagaan.. Begitu juga dalam kehidupan..

Mana mungkin tanpa pelaburan kita akan mendapat pulangan, mana mungkin tanpa memberi kita akan menerima..mulakan dengan memberi kita akan menerima hasilnya..

Memberi juga jangan mengharap balasan kerana pulangan sudah dijanjikan..bagaimana, bila dan bentuk pulangan nya bergantung kepada keikhlasan ketika pemberiaan..

Lagi banyak kita memberi bukan bermakna lebih banyak pulangan tapi sejauh mana keikhlasan ketika tangan memberi itulah jumlah pulangan yang bakal dijanjikan..

Memberi tanpa mengharap balasan tiba2 pulangan datang berganda lebih dari pelaburan itulah hasilnya bila kita memberi dalam keikhlasan..

Dan untuk menerima sesuatu kita perlu memberi terlebih dahulu, andai diri sentiasa melihat orang lain menerima ini itu sedang diri sukar untuk mendapat sesuatu..tanya pada diri apa yang pernah kita beri pada orang untuk kita mendapat sebegitu.

Adakah kekayaan, kasih sayang, dan segala yang kita miliki dalam dunia ini telah kita kongsikan dengan orang yang memerlukan atau kita simpan sendirian tanpa mempedulikan orang..

Memberilah untuk menerima, walau sedikit cuma pemberian kita yakinlah pulangannya akan berganda.. Apa yang kita bagi itulah yang kita akan terima..

Kalau kebaikan yang kita bagi kepada orang yang memerlukan kita juga akan dibalas dengan kebaikan tanpa disangka..jangan sesekali memberi keburukan kepada orang kerana kita juga akan mendapat pulangan yang sebegitu rupa..

No comments:

Post a Comment